Mahkamah Benar Tampal Depan Rumah, Notis Bankrap Untuk Sajat?

Lama tidak mendengar berita berkenaan usahawan penuh kontroversi, Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman atau Nur Sajat setelah sekian lama menghilangkan diri susulan identiti sebenarnya terbongkar.

Lokasi sebenar dirinya juga masih tidak dapat dipastikan kerana banyak rumor mengatakan dia berada di luar negara.

Notis untuk Sajat

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, nama Sajat kembali disebut apabila satu berita memaklumkan yang Mahkmah Tinggi Shah Alam telah  membenarkan notis kebankrapan terhadap usahawan tersebut diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Tak dapat jejak lokasi Sajat

Menurut peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan, perkara ini berikutan kegagalan usahawan terbabit membayar penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada April lalu.

“Dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, notis berkenaan sudah dibuat minggu ini namun pihaknya belum menerima sebarang afidavit membantah notis kebankrapan itu oleh pihak Muhammad Sajjad.”
“Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.”
“Oleh itu, kami mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan, menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan,” katanya.

Nak bayar ansur tapi ditolak

Tambah Hafidzah lagi, mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan, Sajat gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

“Difahamkan, pihak Sajat ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi itu secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut,” ujarnya.

Surat notis diiklan ke surat khabar & tampal depan rumah

OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankrap kepada usahawan tersebut sebanyak 3 kali termasuk percubaan menyerahkan surat temujanji dan percubaan lain.

Namun, semua percubaan serahan itu gagal kerana Sajat tidak dapat ditemui. Jadi plaintif memfailkan notis terbabit untuk serahan secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahkamah dan juga di depan rumah defendan.

SUMBER/KREDIT: Harianmetro via ohmymedia

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*