Niat Hulur Sumbangan, Man Raja Lawak Geleng Kepala Ada Yang Tak Beragak Minta Sampai RM20 Ribu

” Saya tidak henti menerima mesej langsung pengikut IG, sejak semalam. Lebih 3,000 mesej yang diterima bertanya apakah mereka layak mendapat bantuan yang dihulurkan.

Itu reaksi pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak, 42, yang berniat untuk berkongsi wang kemenangan ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 berjumlah RM50,000 kepada mereka yang berdepan dengan kesempitan hidup.

Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim mengumumkan menghulurkan sumbangan menerusi laman Instagram (IG), semalam selepas terpanggil membantu rakyat Malaysia terputus rezeki akibat penularan vrus COVlD-I9 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak dua minggu lalu.

” Saya ada berkongsi maklumat lanjut. Syaratnya, tidak membuat tetapan ‘private’ dalam akaun IG supaya saya dapat mengintai serba sedikit latar belakang kehidupan mereka.

” Saya kena meneliti dan pastikan hanya mereka yang layak sahaja dapat bantuan. Kerjasama mereka saya harapkan. Jika layak, saya akan memindahkan duit ke akaun. Insya-Allah, cepat atau lambat pasti dapat,” katanya kepada BH Online.

Juara program realiti, Raja Lawak musim kelima itu berkata, jumlah wang yang dipindahkan pula tidak semestinya mengikut permintaan mereka.

” Saya akan menghulurkan wang dengan kemampuan saya. Tak semestinya jumlah diminta akan ditunaikan.

” Jika tiada maklum balas daripada saya anggaplah peruntukan RM50,000 sudah lebur digunakan,” katanya.

Ramai sangat minta sampai tak terlayan

Man berkata, dia berhati-hati dengan taktik penipuan yang mungkin wujud untuk mengambil kesempatan.

” Saya bimbang tersalah salur kepada mereka yang tidak layak. Hal ini boleh terjadi kerana saya tahu hati manusia boleh bertukar kerana duit.

” Sejak umum bantuan ini, mesej dan panggilan di Facebook juga bertebaran. Ada yang marah saya tidak membalas mesej mereka. Macam mana nak balas, saya tak terlayan kerana terlalu ramai minta bantuan.

” Itu belum termasuk mereka yang menghubungi dan membuat panggilan video,” katanya.

Tak beragak, minta sampai RM20 ribu

Man berkata, ada yang meminta bantuan berjumlah RM20,000.

” Saya geleng kepala dibuatnya. Bukannya apa, saya harap wang berjumlah RM50,000 yang diperuntukkan boleh memberi manfaat kepada ramai yang memerlukan. Saya nak bantu mereka yang betul-betul kesempitan hidup, tiada duit nak makan,” katanya.

Terdahulu Man berkongsi di Instagram beliau, mengumumkan bantuan tersebut bagi yang betul-betul terdesak memerlukan bantuan kewangan.

” Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

” Saya Abd Rahman B Kasim sebagai rakyat Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil Juara MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.

” Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan. Dan sila DM berikan detail kenapa saya harus bantu anda sehingglah bajet sebanyak RM50k habis digunakan sepenuhnya.

” Saya akan teliti setiap permohonan. Sekiranya tiada respon bermakna permohonan anda gagal. Semoga bantuan kecil ini dapat di manfaat sebaiknya.

” Hanya doakan saya murah rezeki dan sihat tubuh badan. Aamiin

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*