Ebit Lew Minta Nadir Al-Nuri Jawab, Mana RM20Juta Hasil Derma Rakyat MaIaysia?

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta ɢᴀᴢᴀ Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan kepada rakyat ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ.

Menerusi sesi sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial sebentar tadi, Ebit terpaksa bertanya mengenai perkara tersebut selepas segelintir warganet mendakwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di ɢᴀᴢᴀ.

Menjawab tuduhan tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau telah menggunakan duitnya sendiri bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang berada di sana.

“Ramai yang maki saya, mereka ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana. Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam live, dia beritahu dapat RM20 juta. Jadi yang kumpul duit ni adalah Nadir. Bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

“Jadi dia tanya saya… patut soalan tu dituju kepada beliau, terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya, tapi ada yang maki saya.

“RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.

SUMBER: FB Ebit Lew via GegarHiburan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*