Mempunyai S0kongan Yg Cukup, Shafie Apdal Bakal Jadi PM Yang Baru? Ini Kata Kata Beliau

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa dirinya dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan oleh Pakatan Harapan Plus (PH) sebagai calon Perdana Menteri.

elas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau dan Anwar perlu mendapatkan sokongan yang lebih bagi memastikan dapat membentuk kerajaan yang baharu.

“Sebenarnya kita ada permuafakatan di antara rakan kita pihak pembangkang. Tadi, saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang secara ringkas, Lim Guan Eng dan kawan-kawan lain termasuk Mohamad Sabu dan Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut maklum perkara ini.

“Kita putuskan ada dua calon, pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, keduanya saya.

“Ini berasaskan 105 sokongan yang ada, Anwar ada 105, saya ada 105 sokongan. Tetapi, dalam 105 sokongan ini, siapa di antara kita dapat meraih undi menambah kekuatan itu untuk menjadi calon pilihan,” katanya ketika ditemubual dalam program Agenda Awani, terbitan Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Tambah Mohd Shafie, beliau dan Anwar bagaimanapun akur jika salah seorang daripada mereka mendapat sokongan yang lebih sekali gus mampu membentuk kerajaan.

“Sekiranya, Anwar dapat membawa jumlah besar, saya kena akur. Saya nyatakan jangan bimbang, kita kumpulan pembngkang diberikan oleh rakyat untuk memerintah negara ini.

“Kita hilang kuasa termasuk di Negeri Sabah, kita ada dua pertiga sehingga tercetus Pilihan Raya Negeri Sabah, kalau mereka tidak beli ADUN-ADUN,” katanya lagi.

Ujar Mohd Shafie, bagaimanapun jika beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen PH Plus, rakan-rakan pembangkang akan menerima dengan hati terbuka.

Tambahnya, sekiranya majoriti itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah namun ia juga perlu ditentukan keabsahannya di Dewan Rakyat sepertimana dititahkan oleh Baginda dalam pertemuan bersama pemimpin-pemimpin parti di Istana Negara, pada Selasa.

Warisan Akan Sokong Anwar, Tapi Syarat Yg Mereka Letak Buat Bakal PM Pening Kepala

Warisan akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan syarat presiden PKR itu memiliki sokongan yang cukup dan tidak melibatkan “kluster mahkamah”.

Bercakap dengan Malaysiakini, Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman berkata partinya dalam usaha meyakinkan ahli parlimen lain untuk menyokong Anwar.

Namun jika Anwar gagal mendapatkan majoriti diperlukan, katanya lagi, Warisan berpendirian dia perlu menyokong presiden parti itu, Mohd Shafie Apdal untuk mendapatkan majoriti.

“Kita telah jelaskan pendirian. Tiada ‘kluster mahkamah’,” katanya.

Menurut Azis, jumlah asas yang digunakan ialah “105” ahli parlimen – merangkumi mereka daripada PH, Warisan, Parti Bersatu Sarawak, Pejuang, Muda dan seorang ahli parlimen bebas.

Untuk mendapat majoriti mudah, seorang calon perdana menteri perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 111 ahli parlimen. Terdapat 220 ahli parlimen pada masa ini, dengan dua kerusi kosong di Dewan Rakyat.

“Jika Anwar tidak dapat melepasi jumlah ini, kita berharap dia akan beri peluang sama kepada Shafie untuk meyakinkan tujuh lagi (ahli parlimen untuk beri sokongan). Kita akan cuba yang terbaik.

“Jika Shafie dapat sokongan tujuh orang lagi, kita harap PH akan sokong kita. Kita akan beri peluang kepada Anwar untuk buktikan majoritinya. Dia adalah pilihan pertama, kemudian Shafie.”

Pada masa sama, Azis mengingatkan masa kian suntuk buat mereka dan Warisan berharap Anwar dapat membuat keputusan hari ini.

“Masa tidak menyebelahi kita. Kita perlu buat keputusan cepat. Jika Anwar dapat cari tujuh orang lagi, selagi ia tak libatkan ‘kluster mahkamah’, kita akan bersama-sama (sokong). Kita akan sokong dia,” katanya lagi.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan ahli Dewan Rakyat untuk membuat akuan bertulis dengan menamakan calon pilihan sebagai perdana menteri.

Mereka diberi masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakannya.

Azis berkata lagi, untuk beberapa hari ini Warisan telah cuba meyakinkan ahli parlimen untuk menyokong Anwar.

“Kita juga tolong Anwar. Anda tak boleh kata sebaliknya. Namun, ada kala orang kata macam ‘saya boleh sokong Shafie, tapi bukan Anwar’.

“Ada yang sukar diyakinkan, tetapi kita telah mainkan peranan kita. Shafie juga mainkan peranan untuk dapatkan sokongan kepada Anwar. Ada ahli parlimen memiliki kecenderungan sendiri,” dkwanya.

Gelaran ‘kluster mahkamah’ dicetuskan penyokong Perikatan Nasional (PN) untuk merujuk ahli parlimen Umno yang sama ada sedang berdepan dakwaan di mahkamah atau telah disabit bersalah.

Anwar: Agong titah bersatu l4wan CVlD-19, bina ‘politik baru’

Yang di-Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi melawan CVlD-19 dan menempa “politik baru”, menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghadap pemimpin parti politik dengan Agong hari ini, Anwar berkata semua yang hadir turut mencapai konsensus untuk menghentikan “politik lama”.

“Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat, peringatan bahawa negara dalam kemelut politik dan perlembagaan, dan harus bersatu untuk hadapi CVlD-19 dan (memulihkan) ekonomi.

“Agong juga menyebut (peruntukan) perlembagaan (berkenaan) calon (perdana menteri) yang ada sokongan majoriti ahli parlimen, tapi bentuk politik kena berubah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pihak yang “menang” tidak boleh bertindak menekan “pihak kalah” seperti sebelum ini.

Selain Anwar, turut menghadap Agong hari ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, dan wakil daripada GPS dan Warisan.

Turut serta adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sesi menghadap hari ini susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setelah hilang sokongan majoriti.

Menurut Anwar lagi, semua yang hadir perlu mencapai konsensus untuk menghentikan politik lama yang “melelahkan dan membosankan”.

“Kita akan jurus semula ke arah membangunkan.

“Isu bukan saja (berkenaan) pelantikan perdana menteri baru, tapi lebih penting seperti yang ditekankan Agong dan timbalan Agong adalah untuk menggagaskan satu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya lagi.

Antara yang hadir hari ini, hanya Anwar yang bercakap dengan pemberita.

Tidak jelas sama ada Agong menitahkan satu pembentukan kerajaan perpaduan atau tidak – tetapi tafsiran itu tercetus ekoran kenyataan Anwar.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran Facebook, berkata semua parti politik perlu berkompromi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Semoga semua parti politik dapat menerima baik titah dan saranan Agong agar berkompromi secara bersama membentuk kerajaan perpaduan demi menangani pandemik dan menguruskan kesejahteraan rakyat.

“Ini sekaligus dapat menurunkan suhu politik dalam negara,” katanya.

Hari ini Agong menitahkan ahli Dewan Rakyat untuk membuat akuan bertulis dengan menamakan calon pilihan sebagai perdana menteri.

Mereka diberi masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakannya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: Awani dan trendingsangat.pw via infotodaynews

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*