Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Orang Ramai, Meneruskan Bantuan Bagi Yang Memerlukan Selama 3 Hari Di Pahang

Semangat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan tidak pernah putus.

Menerusi perkongsian sebentar tadi, beliau memberitahu akan ke pahang selama 3 Hari, ikuti penceritaan dari ebit lew melalui perkongsian di facebook beliau.

“Pohon doakan perjalanan kami ke Pahang 3 hari disana”.

“Saya beli barang dimuatkan dalam 3 lori untuk barang dapur dan keperluan sedikit untuk klinik dan balai”.

“Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah”.

“Terima kaseh abang ajai bersama kru Restoren Ahmad Afzal di Rawang yang membantu tolong packing ribuan makanan bantuan untuk kita bawa”.

“Doakan kami semua yer. Hanya Allah membalasnya”.

“Allah sayang kita semua. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”

Semoga ustaz dan rakan-rakan dipermudahkan urusan.

“Sedekah ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menurut Ebit sebelum ini, seseorang yang berpengaruh di dalam masyarakat perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.

“Ada waktunya buat (sedekah) terang, ada waktu sembunyi.

“Dua-dua baik dan dalam al-Quran ada menyebut mengenainya. Dalam hadis nabi sendiri ada menyebut barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala.

“Bila mula berikan (sedekah), Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah,” katanya.

Menurut Ebit, amalan itu perlu diteruskan supaya menjadi kebiasaan.

“Amal baik mula buat mesti datang riak. Lama kelamaan sudah biasa.

“Akhirnya, orang puji atau tidak tetap rasa nak beri. Terus buat, lama-lama ikhlas itu akan datang,”

EbitLew, SAMBALTUMIS

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*