Menteri Kewangan Akhirnya Umum Bila Duit Untuk Rayuan BPR Dan Fasa Tiga Akan Dikreditkan

B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan bagi menggantikan B.antuan Sara Hidup (BSH) sejak tahun 2021.

B.antuan ini juga akan diagihkan kepada golongan B40 dan M40 bagi kategori isi rumah dan bujang. Manakala, bayaran dibuat mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi fasa 1, bayaran telahpun dilakukan pada 24 Februari lalu dan fasa ke-2 telahpun dilaksanakan pada 7 Mei 2021.

Pembayaran B.antuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan atau kemaskini m.aklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Setiap permohonan dan m.aklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati s.yarat kelayakan dikehendaki.

Kaedah bayaran BPR 2021

Berjaya kredit ke akaun bank, pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pmohon atau pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR  2021 secara berperingkat.

Tunai di kaunter BSN, pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021 atau Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

Tengku Zafrul Beritahu Tarikh Semakan

MOF Minister Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz at Parliament Malaysia

Semakan status kelulusan rayuan B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat menerusi portal mulai Sabtu. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran rayuan itu melibatkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 240 j.uta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September ini, bersekali dengan penerima bayaran BPR fasa tiga,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Tengku Zafrul, permohonan rayuan itu telah diverifikasikan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan inisiatif bantuan tunai dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.

“Kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun lalu. Kerajaan berharap b.antuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM 17.1 b.ilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu Keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka,” katanya.

Tambah beliau, selaras dengan pengumuman kelulusan rayuan BPR itu, kerajaan turut memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan menyertai Program Jaringan Prihatin.

“Tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

SUMBER/KREDIT : Sinar via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*