Viral Rakaman Bayi Usia Sebulan Hasilkan Susu Badan

JAKARTA – Satu rakaman menunjukkan seorang bayi berusia sebulan mengeluarkan air susu badan menjadi tular di media sosial Indonesia, semalam.

Menurut laporan Suara.com, video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @Nurulfauziah yang memaparkan seorang individu memicit puting bayi berkenaan hingga mengeluarkan titisan air susu.

“Keajaiban Allah, anak baru berusia sebulan sudah ada air susu badan,” tulis pemilik akaun.

Berdasarkan penjelasan saintifik, keadaan tersebut dikenali sebagai galaktorea neonatal dan biasa berlaku ke atas bayi yang dilahirkan pra matang.

Namun begitu, ia bukan satu masalah kesihatan yang membimbangkan dan akan hilang dengan sendiri apabila bayi semakin membesar.

Walau bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga diingatkan agar tidak ᴍᴇʀᴀɴɢꜱᴀɴɢ puting bayi dengan sengaja bagi mengeluarkan air susu badan bayi bagi mengelak ᴊᴀɴɢᴋɪᴛᴀɴ ᴋᴜᴍᴀɴ.

Selain itu, jika situasi ini berterusan selepas usia dua bulan, ibu bapa dinasihati merujuk anak mereka kepada doktor perubatan.

Reaksi warga maya

Rakaman yang tular

 

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*