“Mereka Semua Ramah2” – Wanita Gembira K0ngsi Kisah Balik Kampung Suami di Afrika

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita memilih lelaki dari benua Afrika sebagai seorang suami. Pasangan tersebut diijabkabul pada April 2019 dan tidak lokek berkongsi momen kebersamaan mereka di media sosial.

Pulang ke kampung halaman suami

Wanita yang dikenali sebagai Fila Amir ini juga dilihat sangat bahagia melayari kehidupan bersama pasangannya. Baru-baru ini, Fila Amir telah memberitahu pengikutnya di media sosial bahawa dia telah mengikut suaminya pulang ke Conakry, Guinea.

Dilayan sangat baik

Fila atau nama sebenarnya Nur Afila Amir Rushdi memaklumkan begitu gembira berada di kampung halaman suaminya, Adama Muhamed Camara apabil dilayan dengan begitu baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Walaupun memaklumkan warga disana tidak terkejut pun melihat orang luar di kawasan berkenaan, namun mereka sedikit pelik kerana tidak mengetahui wanita berkenaan berasal dari negara mana.

Awal2 nampak pelik

Akan tetapi, Fila Amir memberitahu yang orang-orang disana teruja melihatnya yang berasal dari Malaysia dan melayan dengan baik kerana mereka sememangnya ramah serta mengalu-alukan kedatangannya.

Ada tempat dah tak wajib pakai mask

Selain itu, dia juga menjelaskan mengapa tidak lagi memakai pelitup muka kerana kawasan berkenaan tidak mewajibkan pemakaian tersebut, dan hanya sesetengah tempat sahaja perlu menggunakannya.

Ke.s positif harian disana juga tdak lagi terlalu tinggi namun masih tetap ada. Hanya perlu menjaga diri sendiri bagi mengelakkan sebarang penularan.

Rasa seronok tengok tempat orang

Sehubungan dengan perkongsian Fila Amir di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa teruja membaca kisah wanita tersebut yang pulang ke kampung halaman suaminya.

Perbezaaan masyarakat dan budaya membuatkan ramai yang tertarik melihat perkongsiannya dan turut sama gembira apabila pasangan ini tetap terlihat sangat romantis walaupun sudah tiga tahun berumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Duduk sana ke?

Suka tengok Fila &husband!

Sumber/Kredit: Malaysiatimes

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*