
TAMPIL menyuarakan mengenai status Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung majlis sosial, penyanyi Mila Jirin sudah bersedia menerima kecaman netlzen.
Mila, 33, berkata dia dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan disebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir dua tahun.
“Saya tidak kisah sekiranya ada pihak nak kecam atau kritik saya disebabkan perkongsian saya itu. Saya hanya menyuarakan bagi pihak industri perkahwinan.

“Bukan saya cakap hanya kapasiti saya seorang tetapi ramai kawan-kawan dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan terkesan.
“Kami tertekan sebab perniagaan tak dapat beroperasi hampir dua tahun. Apa beza makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan?
“Bukankah itu perkara yang sama saja? Saya rasa semua orang dah tahu batas ketika bertemu dengan orang,” kata Mila kepada mStar.
Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang.
MILA JIRIN
PENYANYI
Terdahulu, pemilik nama Norsyarmilla Jirin itu memuat naik paparan skrin status Twitter Khairy Jamaluddin di Instagram miliknya pada Isnin.
Menerusi status tersebut, Khairy memberitahu majlis sosial dalam tempat tertutup berkemungkinan menjadi sektor terakhir untuk dibuka.
Dalam pada itu, Mila yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan mengakui terkilan apabila tiada pihak yang memanggil mereka untuk berbincang mengenai isu tersebut.

“Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang. Kami bukanlah mahu minta bantuan dari segi kewangan.
“Tapi beri kami peluang untuk berbincang idea macam mana SOP untuk majlis sosial. Rasa-rasanya seluruh rakyat dah faham kini hidup dalam norma baharu.
“Sekurang-kurangnya beri kelonggaran seperti jemputan dalam 50 orang dalam masa beberapa jam. Kami akan ikut saja SOP yang ditetapkan,” ujarnya.
SUMBER/KREDIT : mstar
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply