
Berhubung video tular memaparkan seorang ‘influencer’ memperlekeh warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai golongan artis tampil memberikan pelbagai reaksi.
Ini termasuk penyanyi rap, MK K-Clique dimana terdapat satu luahan di InstaStory miliknya dikongsi semula oleh pengguna di laman Twitter, pedoqpop.
Nak bagi RM50,000?
50k teruss pic.twitter.com/9HCHbMrOX0
— Go Get Vaccinated Gais 🏴 (@pedoqpop) July 28, 2021
Pengguna itu memuat naik tangkap layar InstaStory tersebut yang memperlihatkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin dipercayai mempersoalkan tindakan biadab usahawan berusia 34 tahun terbabit.
“Sebab dia berani, kau upah RM50? Si*l apa kau, saya bukan orang kata. Keluarga saya bukan orang kaya. Siapa ada info pakcik ini, saya bagi pakcik ni RM50,000.
“Mentang2 kau kaya dan berjaya, cakap ikut sedap mulut kau je,” tulis kapsyen pada InstaStory berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi pencarian di Instagram penyanyi berusia 25 tahun, InstaStory mengenai pemberian wang RM50,00o kepada pakcik itu dipercayai sudah dipadam.
Janji niat baik, tengah usaha untuk tolong
Menerusi InstaStory berbeza, penyanyi berasal dari Sabah itu mengakui jarang bersuara mengenai isu semasa tetapi terlalu emosi apabila melihat pakcik tersebut diperlakukan sebegitu apatah lagi dirinya sendiri berasal daripada keluarga susah.
Bukan ‘style’ aku masuk campur tapi…
“Saya dari keluarga susah, nampak pakcik tu macam saya nampak bapa saya. Niat dengan cara tu tak sesuai, minta maaf emosi sikit,” tulisnya.
“Pakcik sabar, kita agihkan semua sama rata ikut mana mampu”
Terdahulu, ‘influencer’ terbabit mempersoalkan warga emas itu sekiranya menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga berubah menjadi gelandangan.
Berikutan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa bengang dan kecewa yang menyifatkan telah menjatuhkan maruah dan air muka warga emas berkenaan.
Macam tu je dia sound pakcik ni biadap gila pic.twitter.com/t65ScwNLoG
— Cempaka (@IbuPeri__) July 28, 2021
SUMBER/KREDIT: Twtter pedoqpop , lG MK K-Clique via ohmymedi4
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply