Mak Teringin Beli Kereta Tapi Simpanan Tak Cukup? Kak KM Terus Hulur Bayar Cash

Nama Kak KM atau Liana Rosli memang dah tak asing lagi di kalangan usahawan terkenal. Anak perempuan kepada pelakon veteran Normah Darmanhuri itu baru-baru ini sempat tular selepas membelanjakan hampir RM5 juta untuk beli sebuah banglo mewah dan cukup besar di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Dekat simpanan tu tak cukup, kena ambil tempat lain…Saya memang dah niat, kereta mak ni saya hadiahkan untuk mak

Sebelum ini juga, Kak KM dan juga adik beradik yang lain turut pernah sepakat menghadiahkan ibu mereka dengan sebuah rumah baru siap direnovasi. Terbaru dalam satu perkongsian di TikTok, wanita berkenaan dilihat membawa pula orang tuanya itu ke sebuah show room kereta. Dengan berat hati, pelakon tersebut menjelaskan ingin beli kereta namun simpanan tidaklah mencukupi.

Klik Sini Untuk Video Dari Tlkt0k

@sweetdara_stokiskmbeauty‚ô¨ original sound – Lianarosli.sweetdara

Ikhlas untuk mak, saya sayang dekat mak…Nah mak gi bayar sendiri

Tak sanggup melihat si ibu pulang dengan kekecewaan, Kak KM akhirnya mengeluarkan buku cek dan ingin bayarkan secara cash. Mendengarkan tawaran itu, Normah terus dilihat mengalirkan air mata dan juga seakan-akan tidak percaya. Jelas usahawan kosmetik berkenaan, semua yang dilakukan tersebut tidaklah seberapa dan ia merupakan salah satu rezeki juga.

@sweetdara_stokiskmbeauty‚ô¨ original sound – Lianarosli.sweetdara

Klik Sini Jika Ingin Lihat Video Dari Tlkt0k

Benda lain yang dia buat, tu antara dia dengan Allah…Tapi kebaikan yang ni kita kena contohi, buat baik dan ratukan mak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat gelagat dua beranak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa kagum melihat Kak KM yang sering sahaja berusaha untuk membahagiakan ibunya itu meskipun terpalit pelbagai kontroversi.

Sumber/Kredit: TikTok KM via erin sakura

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*