MPKJ PBT Pertama Guna Kaedah ELV, Kitar Semula KenderaanBuruk dan Terbiar Di Malaysia

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah melancarkan Kaedah End Life Vehicle (ELV) bagi mengatasi masalah lambakan kenderaan.buruk dalam satu projek rintis kerjasama pintar bersama Car Medic Sdn. Bhd. pada Khamis lalu.

Yang Dipertua MPKj, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, berkata ELV ialah satu proses kitar semula kenderaan yang tertakluk pada tahap pematuhan standard yang ketat dan pada masa sama menekankan kelestarian alam sekitar.

Proses ini juga melibatkan peleraian komponen kenderaan secara teratur mengikut kaedah SW422 (piawaian Jabatan Alam Sekitar). Komponen yang tidak dapat dikitar semula akan dihantar ke Kualiti Alam atau Pentas Flora untuk proses rawatan lanjut, katanya lagi.

Difahamkan setakat ini, Car Medic Sdn. Bhd. ialah satu-satunya syarikat yang telah dilesenkan untuk menjalankan proses ini dan ia dirancang untuk dimulakan pada 1 Disember nanti. MPKj juga menjadi PBT pertama di Malaysia untuk menjalankan kaedah ELV bagi menangani masalah lambakan kenderaan.buruk.

ā€œMelalui kerjasama pintar ini, Car Medic akan menunda semua kenderaan.buruk iaitu kereta, bas, lori, kenderaan perdagangan dan kenderaan berat yang telah dinotis oleh MPKj ke depoh simpanan kenderaan.buruk di Bandar Baru Bangi.

ā€œSelepas selesai proses lucut hak dan perundangan maka kenderaan ini ditunda semula ke depoh Car Medic untuk proses ELV,ā€ katanya kepada portal Malaysia Gazette.

Menurut beliau, pihak MPKj mempunyai tiga buah trak tunda konvensional yang mampu menunda antara 40 hingga 50 kenderaan sahaja dalam tempoh sebulan. Kenderaan terbiar yang ditinggalkan di kawasan sempit dan kebanyakannya di kawasan belukar dan perumahan juga menyukarkan kerja-kerja menunda.

ā€œPihak Car Medic mempunyai keupayaan untuk menyediakan lori kren dan kerja-kerja penundaan kenderaan.buruk akan menjadi lebih mudah dan sistematik. Aduan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan perdagangan lain ditunda tanpa melibatkan sebarang kos,ā€ tambahnya.

Dengan kaedah lebih mesra alam ini, ELV diharap dapat menyelesaikan masalah lambakan kenderaan.buruk dan terbiar jika diaplikasikan oleh PBT di seluruh negara.

SUMBER/KREDITĀ : wapcar

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*