Najib Razak Mohon Pengeluaran KWSP Kali Terakhir Untuk ICltra Dinaikkan

PETALING JAYA – Sebilangan rakyat hampa apabila pengelua­ran.simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM 10,000 secara one-off yang ditunggu-tunggu mereka tidak disentuh dalam pembentangan Bajet 2022 kelmarin.

Kekecewaan itu diluahkan rakyat di media sosial sebaik sahaja pembentangan Bajet 2022 selesai dibacakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zaf­rul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.

“Kami mahu KWSP membenarkan pengeluaran.wang simpanan kami sebanyak RM 10,000 secara terus, tak kiralah melalui i-Citra atau i-Bunga” kata seorang kakitangan swasta, Hussaini Amran.

Katanya, pengeluaran.wang tersebut adalah penting untuk rakyat membina semula ekonomi mereka terutama golongan yang dibuang kerja.

Sementara itu, seorang kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Nizam pula berharap kebenaran pengeluaran.KWSP disentuh dalam pembentangan Bajet 2022, tetapi m.alangnya ia langsung tiada.

“Saya harap kerajaan dapat membuat pertimbangan semula me­ngenai perkara ini demi ke­langsungan hidup rakyat terutama golongan berpendapatan sederhana yang kurang mendapat habuan dalam bajet kali ini,” katanya.

Sementara itu, Pemuda UMNO turut melahirkan rasa kecewa apabila pengeluaran.KWSP menerusi skim i-Citra sebanyak RM 10,000 secara one-off tiada dalam pembentangan Bajet 2020.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau berharap Menteri Kewangan dapat memberi penjelasan tuntas dalam ucapan penggulungannya nanti mengapa tuntutan rakyat itu tidak dapat penuhi.

“Saya akui kegagalan untuk meyakinkan kerajaan betapa rakyat amat mengharapkan ­i-Citra KWSP sebanyak RM 10,000 secara one-off bagi memulakan kehidupan baharu pascap.andemik a.kibat terlalu banyak komitmen tertunggak.

“Pelbagai memorandum de­ngan segala justifikasi berpandukan rintihan rakyat yang benar-benar susah telah dikemukakan berkali-kali.

“Bahkan usaha-usaha melobi telah kami lakukan termasuklah kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selain siri-siri pertemuan dengan pengurusan tertinggi KWSP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Mohon Buat Kali Terakhir

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap i-Citra dinaikkan daripada RM 5000 ke RM 10,000.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2022 berkata, rakyat Malaysia umumnya ingin menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang dan memulakan perniagaan kecil susulan ramai yang terkesan a.kibat C0vid 19.

“Saya dapati ramai yang bersuara dan mendesak, sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau pun berniat untuk mengumpul modal untuk memulakan perniagaan kecil mereka. Mereka bukan suka-suka nak keluarkan caruman mereka.

“Justeru, saya amat berharap saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan ke RM 10,000 sebagai skim pengeluaran.khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat.

“Sesungguhnya ini tidak boleh disifatkan sebagai langkah populis, tetapi berpunca dari keperluan mendesak rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebagai mengimbangi pengeluaran.itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu KWSP sendiri.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan simpanan rakyat dalam KWSP. Seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan Bajet tahun lepas, ini boleh dilakukan, terdapat tiga cara iaitu pasca C0vid 19, kerajaan boleh bantu KWSP meraih pendapatan lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP.

Contohnya sebelum ini, projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek di United Kingdom serta pemilikan 49 peratus di dalam syarikat PLUS.

SUMBER/KREDIT : Utusan/FB via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*