
Usahawan kosmetik terkenal Ashh&Annas berkongsi permintaan pelakon Izara Aishah sewaktu sesi penggambaran koleksi tudung terbaharunya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ashh&Annas merakamkan gelagat Izara yang tergelak sebaik sahaja mendengar lagu dimainkan.
“Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya.
View this post on Instagram
Selain itu Ashh&Annas juga turut berkongsi permintaan Izara yang mahu tudung dilabuhkan.
“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’ kongsinya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan komen-komen positif yang memuji kecantikan Izara dan juga koleksi tudung berkenaan.
Untuk info, Izara tampil dengan imej bertudung pada 13 Ogos lalu.
Perkara itu ternyata membuatkan peminatnya berasa gembira dengan perubahan Izara ke arah yang lebih baik.
SUMBER/KREDIT : gempak via berita terkini
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply