“Panggil Bella, Ingatkan Nama Penuh Nabila?” – Nama Gadis Ini Sangat Unik Buat Rakannya Sendiri Terkejut, Susah Nak Sebut

Memikirkan nama untuk anak-anak adalah salah satu proses yang menyeronokkan buat ibu bapa kerana mereka dapat meluangkan masa memikirkan nama terbaik untuk anak-anak.

Malah sebelum berumah tangga juga ramai yang akan terlebih dahulu memutuskan nama yang mereka akan berikan kepada anak mereka pada suatu hari nanti.

Apabila memikirkan nama yang sedap, sesetengah orang sukakan nama klasik sementara ramai yang suka nama moden. Namun ada juga ibu bapa yang melihat pada huruf pertama dalam nama yang diberikan kepada anak.

Sementara itu, ada juga ibu bapa yang inginkan keunikan dalam nama anak mereka dengan menggunakan huruf yang jarang digunakan seperti C,Q, dan X.

Namun tidak kira betapa unik nama yang diberikan untuk anak, akhirnya nama panggilan pendek juga yang akan digunakan untuk memanggil anak-anak di rumah.

“Akhirnya panggil boboy je…”

Itulah juga kisah seorang gadis ini apabila dia mendedahkan nama sebenarnya kepada rakannya yang hanya mengenalinya sebagai Belle.

Pengguna Twitter Mayom yang berkongsikan nama unik pada lesen memandu rakannya itu terkejut apabila nama rakannya itu bukan singkatan bagi Nabila seperti yang disangka.

Malah nama sebenar rakannya itu begitu panjang dengan huruf-huruf yang sukar untuk dibaca, namun penjelasan dari tuan badan sendiri, namanya disebut sebagai ‘Beji Etikotik’.

SUMBER/KREDIT: HCL

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*