Nampak Kasut Penghantar Kurier J&T DahLusuh, Lelaki Ini Cepat-Cepat Masuk Rumah…Rupanya Nak Hadiahkan Kasut

Berbuat baik kepada orang tidak mengira ketika sus4h atau senang. Bahkan, kebaikan yang dilakukan secara tidak langsung memperoleh ganjaran pahala. Walaupun pemberian yang kecil, namun ia cukup bermakna kepada sesetengah individu.

Bagi kasut kepada penghantar kurier

Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Erine Rahim di TikTok, mengisahkan suaminya memberi sepasang kasut kepada penghantar kurier ketika pemuda berkenaan menghantar barang ke rumahnya.

Ujarnya lagi, pada awalnya wanita berkenaan yang berada di dalam kereta itu tidak menyedari perkara tersebut. Walau bagaimanapun, dia ternampak suaminya berborak lama dengan penghantar barang itu di hadapan pagar rumahnya sebelum suaminya masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil sepasang kasut miliknya.

Dalam pada itu, suaminya berharap agar pemberian berkenaan dapat digunakan untuk bekerja selepas melihat kasut yang dipakai oleh penghantar kurier berkenaan sudah lvsuh. Namun, pemuda tersebut mengatakan bahawa kasut itu boleh dibawa untuk berjalan-jalan.

Suka cara adik tu terima kasut. Terima kasih adik selalu bawa barang kami dengan selamat. Kami doakan semoga Allah permudahkan urusan awak dan semoga Allah lancarkan rezeki awak sekeluarga.

Bila kita baik Allah akan hantarkan orang yang baik-baik disekeliling kita.

Video berdurasi 41 saat itu meraih lebih 85 ribu tontonan serta mendapat lebih 10 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen memuji tindakan suaminya yang begitu baik hati memberikan kasut kepada penghantar kurier berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar wanita tersebut dan suaminya dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Video:

erinerahimBila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik² disekeliling kita #berkongsirezeki #J&T #fypシ #foryourpage♬ original sound – 𝕰𝖗𝖎𝖓𝖊 𝕽𝖆𝖍𝖎𝖒

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

SUMBER/KREDIT : OhBulan/tktok Erin Rahim

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*