Netizen K0rek ldentiti Am0i Yang Bertengkar Dengan Staff Plzza Hut? Tak Sangka Ini Rupanya Dia

Pendedahan seorang pengguna laman Facebook mengenai identiti wanita yang menimbulkan kekecohan selepas piza pesanannya tidak dapat disediakan kerana oven rosak baru-baru ini mengubah perasaan marah netizen kepada simpati.

Individu yang bernama Saluddin Ismail itu berkata, hasil menyelidik akaun Facebook milik pelanggan tersebut, dia mendapati wanita itu merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti di Kampar, Perak yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Di laman Facebook beliau, banyak dikongsikan foto makanan yang mungkin menjadi kesukaan beliau bersama beberapa foto rakan sekerja .

“Ada juga gambar bersama bapa beliau sewaktu menerima ijazah, namun yang lebih menarik, terdapat juga gambar dengan tandatangan beberapa pemain badminton negara terkenal seperti Datuk Lee Chong Wei,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.

Namun ada beberapa status sedih dan gambar muka beliau berdarah serta laporan polis yang mengatakan beliau dipukul bapa beliau kerana membeli tiket wayang.

Ada juga satu laporan polis yang menyatakan kereta beliau cuba diambil oleh seseorang kerana lelaki itu memaklumkan bahawa itu adalah kereta milik orang lain.

Wanita ini dikatakan seorang pensyarah di sebuah universiti di Kampar, Perak.

Menurutnya, dari beberapa hantaran dan foto yang dikongsi menunjukkan wanita itu berkemungkinan seorang pesakit artritis atau Orang Kelainan Upaya (OKU) berdasarkan keadaan fizikal beliau di dalam gambar.

“Banyak cerita dan peristiwa telah berlaku pada dirinya yang kita tidak tahu menyebabkan beliau berkeadaan begini sekarang.

“Untung nasib manusia tidak sama, ada yang gembira ada yang berduka. Hanya mereka sendiri tahu apakah cerita duka yang terjadi dalam perjalanan hidup mereka,” ujarnya dalam hantaran yang dikongsi lebih 1,200 kali.

Rata-rata netizen berharap wanita itu dalam keadaan baik dan menyifatkan individu sepertinya perlu dibantu.

“Jika dengar suaranya semasa dia marah-marah pekerja itu kita dapat tahu dia dalam keadaan yang tidak dapat berfikir dengan baik. Soalan yang ditanya pun macam tidak logik,” ulas Tasnim Zahari.

Tangkap layar memaparkan wanita itu mempersoalkan mengapa dia tidak boleh membeli piza dari sebuah restoran makanan segera baru-baru ini.

“Oh patutlah susah hendak faham. Rupanya OKU. Apa boleh buat kita yang normal ini kena bersabar. Kasihan netizen bukan tahu dia OKU atau tidak,” ujar Leyla Nabila.

“Dia tidak sihat. Kasihan kita tidak tahu apa yang ada dalam gelodak emosi dan fikiran dia ketika itu,” komen Nur Azimah Shahirah. – K! ONLINE

SUMBER/KREDIT : kosmo

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*