Rasa Baru Jer Seminggu Bercer4i, Azri Iskandar Dah Jumpa Pengganti?

Hanya seminggu selepas bercerai talak satu dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar dikatakan telah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Azri Iskandar dah jumpa pengganti seminggu lepas..?

Spekulasi timbul selepas pelakon berusia 54 tahun itu memuat naik gambar bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.

Menurut laporan media Getaran, Azri bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan mendakwa gadis tersebut adalah rakan berlakon yang digandingkan sebagai watak anak dalam telefilem bertajuk Suri Rumah Terfeeling.

Gadis dalam foto berkenaan bukanlah teman wanita saya. Tetapi, dia adalah pelakon baru yang menjadi anak perempuan saya dalam telefilem berjudul ‘Suri Rumah Terfeeling’.

Dalam pada itu, Azri juga berharap netizen tidak mengecam bekas isterinya kerana sebelum ini wanita itu berkali-kali minta untuk berpisah.

Kemungkinan rujuk, Ellie Suriaty serah pada Allah

Kuala Lumpur: “Allah saja tahu”.

Demikian kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar, 52, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, 54, yang tidak menolak sekiranya mereka rujuk semula.

Ellie berkata, sebagai hamba Allah dia tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya faham apa dia luahkan itu sebab kami sudah bersama dalam tempoh lama. Kadang-kadang perpisahan perlu untuk perbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, dia mengambil peluang sepanjang tempoh edah ini untuk merehatkan diri, fikiran dan bermuhasabah.

“Esok genap seminggu perpisahan kami. Diakui pada awalnya susah sikit mungkin sebab usia perkahwinan kami yang lama hingga 19 tahun. Tapi, ini masa untuk saya rehatkan diri, fikiran dan muhasabah diri. Begitu juga dengan dia. Harapnya kami boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ini sebab kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya tak nak riak, tapi bersederhana saja. Apa yang Allah berikan ini saya perlu lalui sebagai perjalanan untuk pengalaman,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesudiannya bekerjasama dengan bekas suaminya, Ellie bersikap terbuka.

“Saya boleh bekerjasama dengan dia. Sama ada dalam lakonan atau saya arahkan dia. Ia bukan isu sebab saya kagum dengan bakat dia. Bagi saya dia sangat berbeza dengan pelakon lain dan anggap dia pelakon ‘mahal’ berdasarkan bakat dimiliki.

“Kehadiran dia di skrin sangat hebat. Dalam industri keratif, kita hargai bakat orang lain. Jadi, soal nak bekerjasama selepas ini saya okay dan tidak ada isu kerja dengan dia,” katanya.

Terdahulu, Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 17 Mei lalu.

Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami keguguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, Nur Anis Mastura, 27.

Sumber/Kredit: Getaran Dan OMM /bigonewzz via Layan sudah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*