Niat Nak Bergurau Pijak Kasut Sebelum Masuk Mhkamah, Suami Isteri Bakal Bcerai Tak Jadi Brcerai

PENCERAIAN merupakan hal yang paling ditakuti oleh pasangan yang telah mendirikan rumah tangga.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti ada pasang surutnya kerana ia adalah ujian sesebuah perkahwinan, namun jika hubungan itu sudah tidak boleh didamaikan lagi maka gugurlah talak.

Jatuhnya talak membawa maksud terlepaslah ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya.

Sesebuah perkahwinan itu seringkali diuji dengan pelbagai rintangan dan cubaan. Tetapi ianya bergantung kepada diri sendiri samada kita akan tetap melayari bahtera perkahwinan itu dengan kesabaran atau kar4m di tepian dan akhirnya berpisah.

Usia sesebuah perkahwinan itu tidak bergantung sama sekali dengan kematangan pasangan tersebut tetapi hati dan kesabaran. Begitulah yang terjadi kepada satu pasangan ini yang tidak sehaluan dan nyaris2 berpisah.

Namun luar biasanya bagi pasangan muda ini kerana Tuhan telah menjentikkan hati mereka untuk berdamai ketika mereka berdua sudah berada di mahkamah atas urusan penceraian mereka.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di Aplikasi Tik Tok yang dikenali sebagai _raaaaa18_ telah memuatnaik video dirinya dan suaminya yang berada di mahkamah untuk urusan pencer4ian.

Menurut perkongsian wanita yang dikenali sebagai Ruby itu berkata, semasa sedang menunggu kedatangan Hakim di mahkamah syariah itu, dia dan suaminya duduk bersebelahan tetapi dengan jarak satu kerusi.

Tambah wanita itu, sambil menunggu dengan perasaan yang berat dan berserah pada Allah, dia sempat membuat video kononnya sebagai momen terakhir sebelum mereka berpisah.

Namun dengan sengaja, dia telah menyapa suaminya itu dengan memijak kasut dan bertanya khabar serta mengambil gambar bersama.

Walaupun begitu mungkin pada saat terakhir masih ada bibit2 cinta antara mereka yang membuatkan mereka tidak meneruskan perpisahan mereka tetapi memilih untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Rakaman yang tular

@_raaaaa18_♬ nothing gonna changes my love for you – sadvibes🥀

Hal itu telah menyebabkan mereka berdua berbual dan berbincang tentang perpisahan itu malah mereka saling berpegangan tangan serta memberi kata semangat untuk meneruskan haluan masing-masing.

Tidak disangka sebaik sahaja masuk ke ruangan mahkamah, perancangan mengakhiri perkahwinan itu akhirnya terbatal dan mereka sepakat untuk meneruskan perkahwinan bahkan Ketua Hakim itu juga melihat pasangan itu masuk bersama, sangat serasi dan masih muda untuk berpisah.

Hal itu telah menyebabkan mereka berdua berbual dan berbincang tentang perpisahan itu malah mereka saling berpegangan tangan serta memberi kata semangat untuk meneruskan haluan masing-masing.

Tidak disangka sebaik sahaja masuk ke ruangan mahkamah, perancangan mengakhiri perkahwinan itu akhirnya terbatal dan mereka sepakat untuk meneruskan perkahwinan bahkan Ketua Hakim itu juga melihat pasangan itu masuk bersama, sangat serasi dan masih muda untuk berpisah.

Sesungguhnya itu adalah keputusan yang terbaik kerana jika masih boleh berbincang antara kedua pihak, sebaiknya berbincang dan berbaik dan tidak perlu perpisahan. Ramai yang mendoakan mereka supaya tetap bersama sehingga ke akhir hay4t. In shaa Allah..

SUMBER/KREDIT : Tlktok _raaaaa18_

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*