Netizen K0rek Balik Video Lama CapriceKutuk 0rang Kelantan? “Sebab Tu Jangan Terlalu Benc!, Nanti Lama-Lama Suka”

Memang biasa kita selalu dengar orang gurau ‘jangan kata tak nak, nanti yang itulah yang kita suka’. Hal itu seperti kena dengan situasi penyanyi rap, Caprice ketika ini.

Baru saja selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farra Inalis yang berasal dari Kelantan, ia seakan-akan telah memakan diri Caprice sendiri.

Seloroh netizen, ironinya, Caprice sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai penduduk yang berasal dari negeri tersebut.

Membongkar dan berkongsi semula video terbabit, netizen turut sifatkan Caprice membuat pusingan u (u-turn).

“Sebab tu jangan terlalu benc!, nanti lama-lama suka,” tulis seorang pengguna bersama paparan skrin dua video Caprice mengulas mengenai sikap pengotor dan kebolehan berbahasa Inggeris rakyat Kelantan.

Sekitar dua tahun lalu Caprice menerusi Instagramnya, penyanyi rap itu memperlekehkan rakyat Kelantan dengan kenyataan menghina pemahaman ceramah dalam bahasa Inggeris.

Ia susulan dari program bersama penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV yang berbicara dalam bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah.

Caprice bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf.

Sehubungan itu, ciapan pengguna Twitter berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen sejak malam tadi.

Namun, ada juga yang beranggapan ketentuan jodoh seperti Caprice dan wanita Kelantan itu hanya kuasa Allah dan tidak layak untuk dijadikan bahan sindiran.

Rakaman Video Sekitar 2 Tahun Sudah

Wanita Kelantan jadi pilihan hati Caprice, tapi songkok dia jadi perhatian

Penyanyi rap, Caprice dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita berasal dari Kelantan.

Gambar perkahwinan Caprice, 33, dengan wanita yang dikenali sebagai Farra Inalis yang berusia 26 tahun itu dikongsi anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz di Instagram Story.

Kosmo Online melaporkan, pasangan Caprice merupakan ibu tunggal yang telah dikenali kira-kira 10 tahun lalu.

Pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan berita berkenaan namun lebih rela membiarkan agar perkara itu dijawab sendiri oleh pelantun lagu Lenglui itu.

“Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin.

“Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu sejak 10 tahun. Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin sekitar pukul 5 petang hari ini.

“Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Dalam pada itu, netizan menegur cara caprice memakai songkok kerana kelihatan senget

“Siapa ajar dia pakai songkok mcm tu”

Selain video perkahwinan, Caprice turut memuat naik video mereka memilih cincin kahwin sebelum ini. Menerusi posting tersebut, Caprice dilihat tidak memuat naik sebarang kapsyen mahupun memberikan penjelasan.

Janda anak satu

Menerusi pemerhatian pihak Ohbulan! di Instagram Farra, wanita tersebut dipercayai seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan. Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Caprice dan Farra. Mereka juga berharap hubungan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

SUMBER/KREDIT : rs7

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*