Operasi Tebang P0kok Durian Musang king Tidak Melnggar PerintahMahkamah

KUANTAN – Operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan seperti yang didakwa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebaliknya berkata, kerja-kerja penguatkuasaan tersebut dilakukan di luar kawasan kebun yang dimiliki Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

“Operasi dan kawasan penguatkuasaan yang dilakukan ini telah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (LA) negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara terbabit ke Mahkamah Rayuan.

“Ini adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

“Jadi, saya berharap ia tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tindakan bersepadu membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula pada Sabtu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan membabitkan kebun-kebun haram termasuk durian musang king dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang berkeluasan 101.17 hektar.

Tambah Wan Rosdy, tindakan akan diambil termasuk menahan mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan hutan simpan berkenaan tanpa kebenaran, malah apa juga barangan dan kenderaan akan disita.

“Semalam (Ahad), seramai 18 pekebun durian musang king telah ditahan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Raub untuk tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara.

“Sebelum itu, empat orang ditahan, menjadikan seramai 22 individu yang ditahan dalam tempoh dua hari operasi tersebut,” ujar beliau.
– sinar

Rakaman PekebunHaram Pr0v0kasi Penguatkuasa Yang Viral

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*