[Vldeo] Bila Tanya Mengapa Kahwin Awal? Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Ungkapan kalau dah jodoh tak ke mana! sering kali kita dengar apabila bercakap soal jodoh. Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang asalkan pasangan ini mampu menempuhi halangan tersebut bersama.

Jawab soalan netizen

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang gadis dikenali sebagai Akma.Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda. Susulan daripada itu, gadis ini tampil menceritakan kelebihan berkahwin pada usia muda.

Kenapa kahwin awal sangat, enjoy lah dulu.

Buat kerja sekolah ada orang teman, buat apa semua dapat pahala, nak keluar p mana pun tak ada orang marah, ada orang selalu merap, dan bila takut ada orang teman.

Hasil tinjauan orang ramai di laman Instagram pasangan ini, mendapati gadis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun dan mereka selamat disatukan pada 22 Mei yang lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Alhamdulillah selamat jadi isteri kepada Muhammad Irwan Fahmie yang sah. Thank you sayang dah halalkan saya dan tunaikan janji. Harap awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya dan didik saya ke jalan yang benar. Saya sayang awak suami. #PengantinPKP

Menerusi video lain yang dikongsi, difahamkan gadis ini sedang hamil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini dan pada masa yang sama menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

Video penuh:

@akma.nasrijanji xkcau laki org 😜 #masukberandafyp #foryoupage♬ bunyi asal – wife irwan fahmie🌹

@akma.nasridemi baby umi rela 🥺 #pejuanggarisdua #masukberandafyp #foryoupage♬ bunyi asal – wife irwan fahmie🌹

SUMBER/KREDIT : Sumber: Akma.Nasri via Ohbulan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*