“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan” Terkini Shuib Maklum Keadaan Siti Sarah Agak Tenat

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini.

Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup sebak, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula.

“Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata.

Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof.

Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*