‘Pelajar Kalau Tak Ada Langsung Dult Jangan Tahan Lapar, Datang Sini Kedai Bagitahu Saya Belanja’

TINDAKAN seorang peniaga yang bermurah hati sanggup menawarkan makanan percuma kepada pelajar yang tidak mempunyai wang di kedai makannya, mendapat pujian netizen.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, peniaga yang juga pemilik kedai ‘N24 Streetcafe’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, itu turut melekatkan nota memaklumkan perkara itu di premisnya.

Peniaga yang dikenali sebagai Siti Aishah itu juga turut memaklumkan perkara menerusi Facebooknya, sebelum gambar berkenaan tular dengan rata-rata netizen memuji sikap mulianya.

Aishah berkata, dia melakukan sedemikian kerana dirinya juga pernah menjadi seorang pelajar dan tahu bagaimana rasanya ‘survive’ sebagai pelajar.

Justeru, dia mengalu-alukan para pelajar khususnya mereka yang tidak mempunyai wang untuk datang ke kedainya dan jangan sesekali malu untuk menerima niat baiknya.

“Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit, jangan tahan lapar.

“Datang sini bagitahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar, jangan malu,” tulisnya.

Rata-rata netizen yang tersentuh dengan niat murni peniaga berkenaan turut mendoakan Aishah dimurahkan rezeki serta maju dalam perniagaan.

Nadia Wahieda Salim: “Terasa nak nangis baca..sebab sendiri pernah tahan lapar. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala dan rezeki adik ni melimpah ruah asbab menderma.

Ecah Ossley: “Semoga akak dilimpahkan rezeki,dan dipermudahkan segala urusan.”

Siti Nor Fatihah Hani: “Aku penah tahan lapar mkn maggi ja weyh.. napa zaman belajar dulu tak jumpa mcm nie.”

Sumber/Kredit: maIaysianp0st

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*