Dijangka Mengadakan Mesyuarat Khas Kabinet. Perdana Menteri TakJadi Letak Jawatan Pagi lni?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra jam 8.07 pagi tadi. Beliau dijangka mengadakan mesyuarat khas Kabinet yang dijadualkan jam 10 pagi ini.

Semalam media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyebut akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebaliknya mahu memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

FOTO

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan inginkan negara segera pulih daripada COVID-19.

Katanya yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, dalam tempoh 17 bulan ini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan berjumlah RM530 bilion bagi pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi semasa pandemik.

Terdahulu..

Pejabat TPM Ismail Sabri pula mulai kosong buat ramai tertanya-tanya

Beberapa pegawai menteri sudah mula mengemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada Sabtu.

Difahamkan, ada yang sudah berbuat demikian sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Seorang pegawai menteri berkata, beliau sudah mengemas barang-barang sejak kemelut politik melanda negara beberapa minggu lalu.

“Sebelum UMNO tarik sokongan lagi saya sudah kemas barang-barang dan hanya tinggal sedikit di pejabat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi pegawai ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp berkata, beliau juga sedang mengemas pejabat, namun tidak mengulas lanjut.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Dalam pada yang sama, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia sekiranya ada kekurangan sepanjang berkhidmat sejak 10 Mac tahun lalu.

“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan kerajaan.

“Namun saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” kata Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi menerusi hantaran itu.

Nada agak sayu beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK ketika berucap itu menimbulkan spekulasi adakah ini adalah hari terakhir Khairy, 45, bertugas secara rasmi sebagai menteri.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/Kredit: trendingkini via twoekesah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*