‘Pergi sekolah takut, bawa berkelah mandi air terjun berani pula?’ Tndakan Ibu Bapa Bawa Anak Ke Tempat Berisiko Dikecam Netlzen

Suasana di Taman Saujana Hijau, Putrajaya Sabtu lalu yang di kongsi di laman FB Perbadanan Putrajaya.

PETALING JAYA – Rata-rata ibu bapa melahirkan kebimbangan apabila Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat bermula 3 Oktober.

Kata mereka, pembukaan sekolah ketika ini tidak sesuai kerana kes harian Covid-19 masih tinggi dan kebanyakan pelajar pula masih belum menerima vaksin.

Menurut ibu bapa lagi, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) lebih sesuai dan mereka masih takut untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana risau tercetusnya kluster baharu di sekolah.

Namun, tinjauan Kosmo! di beberapa laman sosial mendapati ‘kebimbangan’ tersebut hanya wujud di sekolah apabila ramai yang memuat naik gambar dan video percutian bersama anak-anak, sama ada di taman rekreasi mahupun di pantai peranginan.

Berdasarkan gambar yang dikongsi itu, nyata ibu bapa langsung tidak ‘bimbang’ membawa anak-anak mereka ke kawasan awam yang penuh dengan orang ramai seolah-olah seperti satu pesta meraikan ‘kebebasan’.

Susulan perkongsian gambar-gambar tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan ibu bapa yang membawa anak ke kawasan berisiko seperti itu.

“Berani bawa anak-anak pergi tempat ramai macam tu, kalau yang pergi ada yang positif atau golongan antivaksin tak pasal-pasal satu keluarga kena kuarantin,” tulis Aqeela Hanis.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Atuk Gemilang.

“Bila kerajaan umum buka sekolah semua tidak setuju, konon bimbang tercetusnya kluster di sekolah kerana anak tidak divaksin lagi.

“Tapi, hari minggu penuh je taman, pantai, kawasan rekreasi pergi riadah dan mandi-manda. Tak takut pula, mereka ingat Covid hanya di sekolah je ke?,”soalnya.

Senada dengan Atuk Gemilang adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ika Nabilah

“Sekolah nak bukak, masing-masing tak setuju. Cuba kalau kerajaan mansuh kebenaran bercuti dalam negeri, menggelupur semua rasanya,” tulisnya.

Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pada 3 Oktober.

SUMBER/KREDIT : kosmo

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*