ᴘʀᴏᴠᴏᴋᴀꜱɪ Melampau! 18 Pekebun ʜᴀʀᴀᴍ Durian Musang King Ditahan

JABATAN Perhutanan Negeri Pahang menahan 18 orang disyaki pekebun ha.ram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang, semalam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan pr0v0kasi pekebun h.aram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas.

“Oleh itu, beberapa laporan polis dan rakaman video diserahkan kepada polis untuk ti.ndakan susulan.

“Untuk hari ini (semalam) sahaja, jabatan menahan seramai 18 orang yang disyaki pekebun ha.ram kerana telah memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan membuat pr0v0kasi melampau kepada anggota,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, klip video menggunakan tajuk ‘Penceroboh Tanah Ha.ram’ yang mendakwa pekebun meneng.king dan menca.ci petugas menjalankan operasi memusnahkan tanaman di atas tanah Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub, tular dalam media sos.ial.

Kenyataan itu memaklumkan, kesemua 18 pekebun itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk mendapatkan tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara.

“Pegawai penyiasat jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun ha.ram ini dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegasnya.

Operasi memusnahkan kebun ha.ram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula kelmarin sehingga 2 Ogos ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Tambah kenyataan itu, operasi berkenaan bertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara ha.ram di samping anggota operasi akan membuat tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran.

Rakaman Yang Viral

“Barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan ke dalam kawasan HSK juga akan disita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

umber/Kredit: utusan online, pahang media, cempedakceese

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*