PM Masih Belum Keluar Hospital, Ramai Tertanya-Tanya Tentang Keadaan Terkini Beliau

TERBAHARU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat j4ngkitan pada sistem pengh4daman.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan mas4lah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” katanya pada Ahad.

Pada 30 Jun lalu, Muhyiddin dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami di4rea.

Menurut kenyataan tersebut, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya. – Sinar Harian

Terdahulu..

Muhyiddin masuk hospital

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pagi ini selepas mengalami diarea sejak Selasa.

Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan tersebut.

SUMBER/KREDIT : sinarharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*