Ramai Pelajar Tahfiz Positif COVlD-19 Tapi Tak Tunjuk Sebarang Simptom – Dr Noor Hisham

Lebih dua per tiga pelajar sekolah agama diuji positif Covid-19 tidak menunjukkan sebarang simptom dijngkiti vrus berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Setakat ini, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan dan mengambil sampel daripada 12,384 orang yang mempunyai kaitan dengan 370 sekolah tahfiz dan sekolah agama.

Daripada semua pelajar, guru dan kakitangan institusi itu yang disaring setakat ini, katanya, KKM 635 orang atau 5.1 peratus adalah positif.

” Sebanyak 539 daripada yang positif itu tidak menunjukkan sebarang simptoms vrus (sebelum diuji).

” Ini bermakna 84.9 peratus daripada kes berkenaan adalah asimptomatik,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod KKM menggunakan pendekatan ujian bersasarkan pada semua sekolah madrasah di seluruh negara.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengesan sebanyak mungkin kes positif dengan menguji kumpulan yang mereka anggap berisiko tinggi.

Noor Hisham turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan kes asimptomatik dan berkata, ia turut menambah risiko penularan vrus daripada kumpulan terbabit.

” Kebimbangan KKM ialah semasa musim perayaan ini, kalau pelajar-pelajar tahfiz (yang asimptomatik) pulang ke kampung […] besar kemungkinan boleh menjangkiti warga emas yang terdedah kepada pelajar tersebut,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan agar orang ramai terus mematuhi nasihat KKM bagi mengelakkan penularan wbak berkenaan, termasuk selalu mencuci tangan, memakai penutup muka dan tidak bersalam, bercium-ciuman.

Noor Hisham juga berkata KKM bercadang untuk melakukan ujian ke atas semua pelajar dan kakitangan sekolah agama atau tahfiz tanpa mengambil kira keadaan kesihatan mereka.

Pada masa sama, katanya, mereka yang pulang ke kampung diminta untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah terdekat, klinik atau hospital secepat mungkin untuk dilakukan ujian saringan.

MALAYSIA UNITED

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*