“Ramai Puji Sheila Rusly Ibu Mentua Sporting..” Sheila Rusly Bergurau Dengan Elisya Sandha Tarik Perhatian Netizen

Umum diketahui ramai bahawa penerbit dan pelakon Sheila Rusly bukan sahaja hebat dalam dua bidang tersebut malah sangat handal memasak.

Lebih membuat ramai begitu meminatinya kerana Sheila Rusly tidak l0kek untuk berkongsikan resepi dan cara memasaknya kepada umum dimana Instagram menjadi salah satu platform untuk mengikuti perkembangannya.

Terbaharu, tercuit hati pula peminat apabila melihatkan Sheila Rusly bergurau dengan anak dan menantunya, Elisya Sandha dimana dapat ditonton rakaman lucu mereka dalam satu posting video yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Seperti yang ramai tahu, pada 21 Ogos lalu Elisya Sandha sah bergelar isteri kepada anak sulung Sheila Rusly yang dikenali sebagai, Uzair Haqimy.

Melihatkan pula kemesraan Sheila Rusly dengan menantunya itu dalam video dikongsikan tersebut mengundang peminat begitu seronok kerana sangat sporting lalu ramai peminat memberikan pujian terhadap Sheila Rusly.

Video dimuat naik oleh pelakon terkenal ini bagaimanapun turut membuatkan peminat menggamit memori dengan lakonannya dalam drama Cucu Betong sebagai watak Malika disamping meninggalkan ribuan komen di posting.

Dalam pada masa yang sama, selebriti Nabila Huda turut berdek4h menyaksikan telatah keluarga bahagia itu.

“Hahaha terkejut pengantin baru…”

“Untung betul dapat mak mertua macam ni…”

SUMBER/KREDIT: hcl via astro baru

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*