Selepas PM Ismail Sabri Umum Bantuan Kerajaan RM500, Ramai Yang MInta PM Buat Ini Pula

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pe.ndapatan (BKP) sebanyak RM 500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai esok.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas a.kibat p.andemik C0VID 19 sentiasa terbela.

“Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP sebanyak RM 500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

“Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam satu kenyataan pada 26 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.

RAMAI YANG MINTA PM BUAT INI PULA

Menjenguk di ruangan komen Facebook rasmi Ismail Sabri, di posting mengenai bantuan kerajaan one off RM500 rata rata meminta Perdana Menteri, Ismail Sabri meluluskan pula one off KWSP RM10 Ribu.

Rata rata meluahkan dengan pengeluaran KWSP secara one off itu dapat membantu mereka yang dalam kesusahan terutama hutang sepanjang PKP sebelum ini.

Berikut adalah beberapa komen netizen:

“10k one off kwsp sy perlukan duit yb dgr la keluhan sy yb”

“Harap PM luluskan pengeluaran KWSP 10k dgn sekali gus pengeluaran utk rakyat membayar ape2 yg tertunggak selama PKP lepas”

“Mcm mana pula dgn peniaga datuk sri. Kitorang peniaga paling susah nk dpt bntuan sejak trima gkp .. kmi peniaga pun terjejas teruk sejak pkp hrintu . Hrp ada lh bntuan buat pniaga mcm kami..x dpt bantuan . Dpt bagi keluar 1off 10kwsp pun dah ok . Dpt lah byar hutang2 yg tertunggak”

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

Katanya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu.

“Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih menc.abar ini,” katanya.

SUMBER/KREDIT : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*