Ini Reaksi Datuk AliffSyukri Lepas Kec0h Kata nya Pemblda Mlsteri Hilang Adalah Pmbantu Beliau

Petaling Jaya – Kegagalan pembida membuat pembayaran berjumlah RM 132,000 setelah berjaya dalam lelongan awam harta milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengundang tanda tanya tentang identiti individu berkenaan.

Rata-rata ingin tahu tentang motif pembida bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol itu menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Semakan dengan peguam Nurul Hafidzah Hassan mendapati individu terbabit gagal tampil membuat pembayaran sehingga kira-kira pukul 4 petang, Selasa.

Menjelaskan lanjut tentang identiti pemuda terbabit, Nurul Hafidzah berkata dia difahamkan pembida tersebut did.akwa mempunyai kaitan dengan rakan baik Sajat yang juga jutawan k.osmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kata Nurul Hafidzah, foto Aliff dapat dilihat pada profil aplikasi WhatsApp milik Mohammad Syazwan.

Hasil semakan juga mendapati individu yang dimaksudkan sering muncul dalam Instagram milik Aliff.

Bagaimanapun Nurul Hafidzah selaku peguam yang mewakili Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik enggan membuat spekulasi tentang kaitan Aliff dalam lelongan berkenaan.

“Saya tak kenal dia pembida tapi profil WhatsApp memaparkan fotonya bergambar bersama Aliff Syukri dan ada kenalan saya memberitahu lelaki itu ada kaitan dengan usahawan itu.

“Tapi saya tak pasti jika lelaki itu disuruh oleh Aliff Syukri atau macam mana, kami hanya membuat s.pekulasi tak pasti betul atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Nurul Hafidzah menyifatkan pembida berkenaan seolah-olah melakukan satu penghi.naan kepada m.ahkamah apabila melarikan diri selepas berjaya dalam bidaan.

“T.indakannya ini seperti mempermainkan proses mahkamah di mana saya kira macam satu penghi.naan. K.es lari dari lelong ini saya tak pernah jumpa lagi kita sedang melihat dari sudut undang-undang jika individu ini boleh diambil t.indakan.

“Kita penat sebab dah kejar berapa tahun untuk mendapatkan pampasan ini, banyak perbincangan dengan pelbagai permohonan dan sekarang buat macam ni pula, memang pening kepala.

“Tapi kita tak tahulah tindakan ini berniat atau tidak, cuma kita terkilan sebab dah buat semuanya, sekarang ini terpaksa tunggu tarikh bidaan baharu pula,” ujarnya yang turut memaklumkan wang deposit RM 5,000 milik lelaki tersebut tidak boleh dikembalikan semula dan menjadi sebahagian hasil lelongan.

Sementara itu, Aliff Syukri ketika dihubungi enggan mengulas mengenai s.pekulasi tersebut kerana ia membabitkan banyak pihak.

“Saya tak nak komen i.su ini! Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang.

“Ya, saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa k.ontroversi, saya nak bertenang,” ujarnya.

Pada petang Selasa, Mohd Syazwan berjaya membida kesemua 39 barang milik usahawan k.ontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat di Kota Damansara.

Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM 200,000 yang g.agal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle.

Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga.

Pembida perlu menyediakan wang tunai RM 5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.

Untuk rekod kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM 75,000.

Sumber/Kredit : Mstar via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*