Subhanallah. Ini Reaksi Ibu Dan Bapa Arwh Zulfarhan Lepas Mhkamah Buat Keputusan YangMengejutkan

KUALA LUMPUR: Ibu dan bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.28 pagi tadi.

Zulkarnain Idros yang ditemani isterinya Hawa Osman sempat berkata sesuatu kepada media sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Ketika ditanya pemberita, mereka berkata hanya mahukan pembelaan terhadap anak mereka Zulfarhan Osman.

“Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan doa kami supaya Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya,” kata ibu arwh, Hawa Osman.

Bapa Allahyarham, Zulkarnain pula berkata k.es anaknya yang berlanjutan sehingga empat tahun membuatkannya mengalami s.akit jantung kerana terlalu penat.

“Selama empat tahun saya ulang alik m.ahkamah. Kemudian dua tahun lalu saya mengalami s.akit jantung oleh kerana terlampau penat,” ujarnya.

Keputusan Mahkamah

Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bers.alah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kem.atian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kesemua tert.uduh melakukan kes.alahan mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat.

“Dengan ini kamu berenam dengan niat bersama dan dengan persubahatan tertuduh keenam (Abdoul Hakeem) didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Kes.eksaan dengan niat menyebabkan kec.ederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat,” kata hakim itu.

Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Kes.eksaan.

Sementara itu, enam tertuduh itu bersama 12 rakannya didapati bers.alah menc.ederakan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 330 Kanun Kes.eksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Kesemua mereka yang kini berumur 25 tahun did.akwa melakukan kes.alahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Zulfarhan Osman mening.gal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017.

M.ahkamah berhenti rehat bagi membolehkan pend.akwaan dan pembelaan menyediakan hujahan mitigasi berhubung keputusan itu.

SUMBER/KREDIT : HM via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*