“Jarang Mat Sabu Tak Kelakar” – Reaksi Mat Sabu Di Parlimen Curi Perhatian Netizen?

Seperti yang sedia maklum, semalam bermulanya sidang khas Dewan Rakyat dan seperti yang dijangkakan berlaku beberapa insiden pertikaman lidah dan kekecohan berlaku dalam sidang khas tersebut terutamanya perkara berkaitan kekeliruan mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat pada sidang berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan tentang pembatalan enam Ordinan Darurat yang dibuat pada 21 Julai lalu tidak perlu dibahaskan kerana pihak kerajaan tidak akan melanjutkan Proklamasi Darurat tersebut selepas 1 Ogos nanti, menurut suatu laporan oleh Astro Awani.

Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan kerana sepanjang persidangan tersebut banyak isu telah dibentangkan terutamanya yang bersangkutan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun ada suatu insiden yang mencuri perhatian netizen ketika tiba giliran Ahli Parlimen Kota Raja, YB Mohammad Sabu.

Menurut video pendek tersebut, Mohammad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu tersebut pada awalnya ditegur oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati kerana tidak mengenakan pelitup muka ketika berbahas.

Namun, gelagat Mat Sabu meminta maaf kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Sri Azalina Othman telah mengundang gurauan daripada Ahli Dewan yang lain kononnya beliau ‘ada hati’ dengan Timbalan YDP dewan tersebut.

“Dato suruh apa pun saya patuh, asal bagi masa lebih sahaja”

Walaupun kekeliruan tersebut cuba diterangkan oleh Timbalan YDP, tetapi mantan Menteri Pertahanan tersebut tetap menyangka yang menegurnya adalah Azalina, bukannya Masjid Tanah.

Keadaan dewan yang tegang sebelum itu dipenuhi dengan gelak tawa daripada menteri dan Azalina sendiri apabila Mat Sabu secara berseloroh mengiyakan gurauan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Arau tersebut.

“Kalau speaker ada niat, apa salahnya”

Namun, gurauan tersebut terhenti selepas Mat Sabu meneruskan perbahasannya mengenai pengistiharan darurat yang dikatakan dibuat ketika waktu yang tidak penting.

Menjenguk ke ruangan komen, pastinya ramai turut merasakan tindakan spontan mantan Menteri Pertahanan ini menggelikan hati.

Namun, tidak kurang juga netizen yang tidak berpuas hari dan mengatakan tindakan mereka yang sempat bergurau dikala negara sedang mengalami suatu musibah besar ini adalah perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

Min tak tahu nak cakap apa, tapi jarang ‘Abang Mat’ tak kelakar.

SUMBER/KREDIT: lobakmerah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*