Ibu Shaheizy Sam Terpaksa Tampil Jelaskan Perkara Sebenar Selepas TerukDikecam Netlzen Kerana Rentas Negeri Jumpa Keluarga

Kesal dengan tohmahan kononnya merentas negeri dan berkumpul dengan anak-anaknya, pelakon veteran, Khaty Fauziah terpaksa berkongsi surat rawatan susulan berkaitan masalah jantung yang dihidapinya untuk ‘menutup’ mulut netizen.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 64 tahun itu berkata dia terpaksa menunjukkan bukti rawatan tersebut kerana telah menjadi bahan sindiran netizen selain ingin menjernihkan keadaan apabila ada dalam kalangan pengikutnya bertelagah sesama sendiri.

“Assalamualaikum. Saya sebenarnya tidak perlu buktikan apa-apa berkenaan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada kamu semua bertelagah sehingga melemparkan pelbagai sindiran.

“Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di sekitar daerah yang sama di Selangor. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami juga sama seperti anda, tidak dapat berjumpa,” jelasnya.

Kata ibu kepada pelakon Shaheizy Sam itu lagi, dia kini yang menetap di Melaka terpaksa datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan keluarga, tentu anda tahu saya pernah menjalani prosedur jantung tiga bulan lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk rawatan susulan.

“Saya kena bermalam di rumah anak dan sebelum masuk ke dalam rumah, saya dan suami kena tunggu 15 minit. Baru dapat masuk dalam rumah sebab kena ikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, nenek kepada 13 orang cucu itu memberitahu, dia pernah menjalani prosedur jantung yang agak serius sekitar tiga bulan lalu di IJN sendirian tanpa ditemani anak, menantu dan cucu.

“Mereka langsung tidak dibenarkan untuk melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka untuk patuhi SOP. Anda dapat bayangkan tak kalau prosedur jantung saya gagal ketika itu?

“Saya dan keluarga langsung tidak dapat bersama atau berjumpa,” katanya.

Sehubungan itu, Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa meminta orang ramai supaya menghormati hati dan perasaan orang lain serta belajar untuk menggunakan bahasa yang elok supaya bangsa Melayu dihormati.

Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa. Kalau ada silap dan salah, harap dimaafkan,” ujarnya.

Terdahulu, Khaty berkongsi suasana meriah ketika dia berkumpul bersama keluarga besarnya ketika menjalani rawatan susulan di IJN.

Tindakan pelakon itu berkumpul beramai-ramai bersama keluarganya menimbulkan perbalahan dan kecaman daripada netizen kerana mendakwa dia telah melanggar SOP bagi mengekang penularan Covid-19.

SUMBER/KREDIT Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*