Rumah Besar, Kereta Ada 2 Tapi Dapat Sumbangan. Ibu Tunggal Ini Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

Seorang wanita menolak dkwaan bahawa beliau tidak layak menerima bantuan kerajaan kerana hidup dalam kemewahan selepas gambar beliau berlatar belakangkan 2 kenderaan di rumah teresnya tersebar di media sosial.

Nor Aziah Yahaya, 46, berkata 2 kenderaan dalam gambar tular itu milik arwh suaminya yang kini dalam proses mendapatkan kebenaran mahkamah untuk dijual, manakala rumah yang beliau tinggal bersama anaknya itu disewa.

Katanya, selepas kehilangan suami, beliau menjalankan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga, tetapi pendapatannya terjejas susulan penularan Covid-19.

Penjelasan Tentang Apa Terjadi

“ Bila ada pihak dari Parlimen Ampang yang diwakili Zuraida Kamaruddin nak beri bantuan kepada kami yang terjejas akibat Covid-19 sebagai golongan ibu tunggal dan asnaf, jadi nama saya terpilih untuk dapatkan bantuan, antaranya sekampit beras dan barang-barang lain minggu lalu.

“ Bila sudah dapat bantuan, tiba-tiba ada orang eksploitasi gambar itu seolah-olah saya tidak layak menerima bantuan sebab dalam gambar, saya ada 2 kereta dan rumah besar menyebabkan ramai yang percaya dan turut mengecam saya.

Tiada Pendapatan Tetap

“ Tetapi, bantuan yang saya dapat atas kapasiti ibu tunggal dan saya tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, pengguna Facebook bernama Veera Pandiyan Manickam berkongsi gambar Nor Aziah menerima bantuan daripada Zuraida akibat penularan Covid-19 dengan berlatar belakangkan 2 kenderaan besar dan rumahnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa barang keperluan untuk golongan miskin diagihkan kepada orang hidup mewah.

Kisah Aziah pernah disiarkan media pada Oktober tahun lalu kerana beliau menggantikan suaminya, Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin yang mennggaI dnia akibat knser liimfoma pada 12 Jan 2019, menerima ijazah sarjana dalam Komunikasi (Pengiklanan) pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara.

Kereta Tiada Cukai Jalan

Aziah berkata, cukai jalan 2 kenderaan milik arwh suaminya itu sudah lama tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Katanya, beliau sedang menunggu kebenaran mahkamah untuk menjual 2 kenderaan itu dan menggunakan wang berkenaan bagi membayar tunggakan sewa rumah.

Katanya, beliau terpaksa tampil membuat penjelasan bagi mengelakkan dirinya terus menjadi mgsa bulii siiber.

Fikirkan Anak Anak

Aziah berkata, beliau tidak mampu menolak bantuan kerajaan kerana memikirkan nasib 4 anaknya yang masih bersekolah, termasuk seorang yang melanjutkan pelajaran di universiti.

“ Saya tidak fikir siapa yang beri bantuan, saya bukan ahli mana-mana parti politik, tapi bila fikir dalam keadaaan begini saya nak bagi anak-anak saya makan, anak yatim yang kehilangan ayah ini nak makan, wajar saya menerimanya.

Malu Untuk Meminta Sebenarnya

“ Maaf cakap, saya tak jadi kaya dengan sekampit beras, tapi saya terima sebab anak-anak perlu diberi makan. Ini pertama kali saya terima sumbangan sebegini sebab arwh suami meninggal. Saya malu sebenarnya nak minta bantuan.

“ Mungkin orang akan persoal takkan tidak ada harta suami yang tinggal? Memang tidak ada sebab semua tengah dalam proses mahkamah, sekarang hidup makan apa yang boleh saja, pencen suami saya diguna untuk bayar sewa rumah dan keutamaan lain yang wajib diselesaikan.”

Aziah tidak menolak kemungkinan bantuan yang diterimanya dipolitikkan pihak tertentu dan gambar beliau menerima bantuan makanan itu diambil sebagai bukti sumbangan sampai ke tangannya.

Beliau berharap dengan penjelasan ini dapat menepis fitnah yang dilempar ke atasnya dan tiada lagi penyebaran berita tidak tepat.

Sumber : FreeMalaysiaToday

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*