“Saya Bukan Dari Keluarga Kaya…” – Syed Saddiq Mohon Bntuan Untuk Lunas lkat Jamin, Didakwa Pecah Amanah?

Selepas selesai perbicaraan di mahkamah pada Khamis, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq membuat sesi live di Instagram dengan memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan Mahkamah Seksyen atas kes pertuduhan pecah amanah ke atasnya.

Mohon sumbangan bayar kos guaman dan ikat jamin

Jelasnya, sumbangan tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti…ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.”

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covld-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati makamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda…”

-Syed Saddiq-

‘Walaupun 50 sen…’

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menyediakan link bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan tersebut. Ujarnya, walaupun jumlah yang diberi hanya 50 sen, namun sekiranya ribuan yang menyumbang pasti dapat mencapai jumlah tersebut.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda.”

-Syed Saddiq-

Di samping itu, dia turut akui bahawa tindakan tersebut jarang berlaku apabila memohon bantuan orang ramai untuk membiayai ikat jamin dan yuran guaman.

Bagaimanapun, dia perlu berbuat demikian memandangkan waktu yang ditetapkan untuk menjelaskan ikat jamin tersbeut adalah sehingga hari Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

SUMBER/KREDIT: IG (Syed Saddiq) mStar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*