SeIepas TerukDikecam, Ini Apa Yang Siti Kassim Cakap Selepas Dia Rasa MenyesaI

PETALING JAYA – Laman web yang menjual jam tangan jenama Buruj sesak dengan model Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki habis terjual, hari ini.

Pengedar jam tangan tersebut, Mohamad Basri Ibrahim berkata, laman web rasmi menjual jam tangan tersebut menerima trafik yang amat tinggi sejak semalam.

“Laman web kami menerima trafik yang sangat tinggi sehingga crash (ranap) dan terpaksa menaik taraf ke cloud hosting (pelayan awan) yang lebih tinggi,” katanya hari ini.

Jenama jam tangan Buruj ini dijual pada harga RM279 selepas diskaun 15 peratus daripada harga sebenar RM330.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjawab tuduhan peguam dan aktivis Siti Kasim yang mendakwa beliau menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menerusi ciapan di laman Twitter berkata, beliau hanya memakai jam tangan jenama Buruj bagi memudahkan beliau mengetahui arah kiblat serta waktu solat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ini sudah lama saya pakai. Senang hendak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun senang hendak menentukan arah kiblat,” tulisnya.

Terdahulu Siti Kasim dalam satu hantaran di laman Twitter meminta pengikut laman Twitter miliknya melihat jam berwarna keemasan yang dipanggil Idris yang disangkanya jam jenama mewah Rolex.

Laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini turut memuat naik poster menerangkan maksud perkataan buruj.

“Kata nama (astronomi) sekumpulan bintang yang berdekatan antara satu sama lain pada satu kawasan langit yang dibentuk menjadi transformasi tertentu seperti geometri dan haiwan,” katanya.

Hantaran DBP itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 600 kali.

“Minta maaf Ustaz, sebab saya memang salah”

SUMBER/KREDIT : Beta/YT via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*