Satu Persatu Mula Terbongkar, Rumah Bonda Belum Hantar Laporan Kewangan Lagi?

Sejak tularnya kisah menyayat hati berkaitan adik Bella, tak dinafikan kebenaran mengenai Rumah Bonda akhirnya terbongkar satu persatu. Semalam, media melaporkan bahawa Rumah Bonda dikenakan tndakan sita selepas didapati beroperasi tanpa berdaftar dengan JKM. Selain itu, hak penjagaan ke atas 6 kanak-kanak termasuk Bella juga terlucut melalui perintah mhkamah bertarikh 5 Julai 2021.

Rumah Bonda dah lebih setahun…tak submit laporan kewangan lagi?

Terbaru, timbul pula dakwaan bahawa pusat jagaan milik NGO tersebut tidak menghantar sebarang penyata kewangan meskipun ditubuhkan sejak 2019. Perkara itu mencuri perhatian ramai netzen selepas didedahkan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aliff Ahmad.

Berjaya kutip banyak dana sumbangan…tapi berapa diorang collect & spend? Kita tak tahu

Menerusi info yang diperolehinya, Rumah Bonda difahamkan telah mengutip jumlah dana sumbangan sehingga mencecah jutaan ringgit dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun, rekod aliran tunai masuk dan keluar tidak diketahui gara-gara isu tersebut. Justeru, Aliff Ahmad turut mempersoal integriti Syed Azmi selaku tokoh aktivis kanak-kanak serta penasihat pusat jagaan berkenaan.

Dah buat semakan dengan ROS…dan terima jawapan Rumah Bonda belum hantar apa-apa laporan kewangan

Bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu, dia turut membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Dan apa yang mengejutkan, pihak mereka juga mengesahkan bahawa langsung tidak pernah menerima sebarang laporan kewangan daripada Rumah Bonda.

Sumber/Kredit: FB Aliff Ahmad III & Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*