Kepada yang buat spekulasi kata saya panas baran, cerita yang sebenarnya akan keluar.. – Sharnaaz Ahmad

Teka teki mengenai siapakah pelakon popular yang didakwa memukul pengawal keselamatan terjawab hari ini, apabila temubual bersama Sharnaaz Ahmad melalui Harian Metro dikeluarkan.

Tegas menyatakan segala yang berlaku adalah tidak benar dan hanya spekulasi orang ramai, Sharnaaz tampak tenang keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul sambil dikerumuni pihak wartawan.

“Siapa yang kata Sharnaaz panas baran, tunggu cerita yang sebenarnya ya…”

Menjawab soalan para wartawan berhubung isu panas baran, Sharnaaz menjawab, meskipun dia sinonim dengan ‘tagline’ tersebut, namun dia menafikan bahawa kenyataan tersebut benar dan ianya¬†malahan bercanggah dengan sikapnya yang sebenar.

Tambah Sharnaaz, kenyataan yang dikeluarkan pihak media berhubung laporan polis mengatakan dia telah memukul pengawal keselamatan kediamannya adalah tidak benar dan kini masih dalam siasatan.

“Pengalaman 3 hari dalam lokap, banyak pada siasatan…”

Turut menceritakan sedikit pengalaman di dalam lokap selama tempoh 3 hari direman, Sharnaaz akui semuanya dalam keadaan baik dan sepanjang tempoh itu, tiada layanan buruk diberikan pihak polis dan hanya siasatan yang dijalankan.

“Saya yakin tak salah. Saya akan buktikan pada semua, ada kebaikan yang saya buat berhubung kes ni. Yang orang tak nampak, yang orang tak tahu. Yang akan diceritakan di mahmakah nanti.”

“Saya takboleh cerita panjang lagi sebab masih dalam siasatan. Saya harap jangan buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ni penjenayah. Bukan.”

“Laporan mengenai saya menumbuk dan memukul tu semua langsung tidak benar.”

“Saya akan buat press conference dalam masa terdekat.

Dalam wawancara yang dirakamkan, Sharnaaz turut memberitahu bahawa dia akan mengadakan press conference dalam masa terdekat untuk membersihkan nama baiknya, dan nama baik keluarganya.

“Saya nak bersihkan nama baik saya, keluarga dan brand brand yang ada di belakang saya.”

“Sebenarnya takde isu panas baran. Dan saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Statement yang keluar adalah statement sebelah sana. Belum baca statement saya.”

Menurut Berita Harian, Sharnaaz yang direman 3 hari berhubung kes menumbuk dan memukul pengawal keselamatan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Sumber/Kredit: hmetro via redaksi

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*