Shuib Dedahkan Panggilan Video Terakhir Bersama Arwh Siti Sarah. Berlinangan Air Matanya Ketika Bercerita

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggI dnia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

”Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggI dnia jam 5.13 pagi HUKM.

”Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hspital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kndungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan po.sitif COVlD-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Antara yang memuat naik ucapan takziah itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau tadi.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raisuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terk.orban a.kibat C0vid 19, Al Fatihah,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, ucapan takziah atas pemergian Siti Sarah turut dirakamkan individu berpengaruh lain antara pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun dan Ebit Lew.

Menurut Asma, beliau meminta orang ramai untuk mendoakan Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah mening.gal dunia agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.

“Duhai Almarhumah Siti Sarah, jua buat semua ibu yang tabah, walaupun sebahagian kalian telah rebah, menjadi sebahagian sejarah m.usibah, menjadi satu muhasabah buat ummah.

“Akhirnya takdir Allah mengatasi semuanya, dengan seribu hikmah dariNya, tersingkap di dunia atau di akhirat sana,” katanya.

Ebit Lew pula mendoakan agar Shuib dan anak-anak akan bersama Siti Sarah di syurga kelak.

“Siti sarah banyak kali bertanya untuk bayarkan sewa beberapa rumah orang mi.skin yang saya uruskan dan anak y.atim saya bantu sekolahkan, semoga Allah beri syurga firdaus buatnya,” jelasnya.

Status Yang Dimuatnaik Shuib

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Shuib mengesahkan perkara itu apabila memaklumkan berkenaan pemrgian isteri tercinta pada pukul 5.13 pagi ini.

”5:13 minit pagi 9 Ogos 2021, bidadari Syurga saya telah pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Binti Raissuddin..” tulis Shuib.

Kata Kata Dari Shuib

Shuib berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan sebaik mungkin.

“A.rwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu. A.rwah bergelut untuk menye.lamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di H.ospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini.

Tiga lagi anak mereka ialah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Sementara itu, jmenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

Shuib berkata, dia bersyukur apabila Allahyarham isterinya diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perk.uburan yang sama dengan ibunya.

“Pada awalnya saya tak pasti sama ada urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi sama a.rwah ibunya. Namun, sebaik tiba di sini saya bersyukur pihak h.ospital membenarkan je.nazah isteri dikebumikan di sana. Entah kenapa saya terasa lokasi itu adalah tempat terbaik untuk arwah isteri saya,” katanya.

Menurut Shuib, urusan memandikan dan solat j.enazah akan diuruskan pihak h.ospital.

Panggilan Video Terakhir

Shuib berkata, dia dan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dapat melihat air mata berjuraian di pipi a.rwah ketika mereka membuat panggilan video, seolah-olah memahami apa yang diungkapkan.

“Dengan b.antuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah a.rwah ketika masih bern.yawa.

“Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.

“Saya sempat ke h.ospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi.

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu a.rwah. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah,” katanya.

SUMBER/KREDIT: Astro, via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*