‘Saya Yakin Pasti Belum Masanya’ – Shuib Luah Kata-Kata Sebak, Mohon Ampunkan KsaIahan Isteri?

” Saya dan anak-anak yakin yang Sarah akan balik,”

Itu kata-kata pelawak Shuib sebaik selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang berlangsung secara maya, sebentar tadi.

Shuib berkata, dia hilang kata-kata sebaik doktor memaklumkan keadaan isteri tercinta, Siti Sarah yang dilaporkan sedang ‘bertarung nyawa’ apabila bacaan tahap oksig.en menurun kepada 40 peratus.

” Saya mohon maaf sebab sebelum saya sertai sesi ‘live’ ini memang kebetulan doktor baru saja hubungi saya dan maklumkan keadaan Sarah yang tidak berapa baik.

” Itu yang saya tiba-tiba hilang ayat. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya yakin dan pasti selagi belum masanya, belum masanya.

” Saya mohon anda semua terus doakan Sarah. Tak kisah berapa pun bacaan oksigennya,” katanya lagi.

Menurut Shuib, dia turut memohon kepada individu yang mengenali Siti Sarah untuk mengampunkan segala salah dan silapnya.

” Saya harap kalian ampunkan segala kesalahan, halalkan makan minumnya. Semoga segala urusannya dipermudahkan.

” Saya juga minta kepada semua orang untuk terus tiupkan semangat kepadanya.

” Kita tak tahu apa yang dia tengah fikir, tapi kita harapkan dia boleh dengar doa kita. Dia memang perlukan sokongan kita semua,” katanya.

Doktor beritahu Sarah tidak okay

Terdahulu Shuib berkongsi keadaan terkini Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

Katanya tahap oksigen Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

” Saya baru dimaklumkan oleh doktor yang keadaan Sarah tidak okey.

” Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

” Dia punya oksig.en tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya ketika sesi siaran langsung bacaan Yasin dan doa untuk penyanyi itu.

Shuib dilihat gagal menahan air mata daripada terus mengalir dan meminta agar majlis bacaan Yassin dimulakan dengan segera supaya dapat mendoakan isteri tercintanya.

Bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Uztaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya ketika ini.

Semalam, Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan dengan harapan oksig.en dan paru-paru boleh bekerjasama.

Katanya, sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah berada dalam keadaan normal dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.

Terdahulu Shuib  yang meminta pihak terbabit dari terus menyalahgunakan info yang boleh mengelirukan orang ramai dengan berkongsi info tidak sahih.

Menurut Shuib, voice note isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tular bukanlah yang terkini sebaliknya yang beberapa hari sebelum ini dan tidak seharusnya disebarkan.

” Assalamualaikum semua. Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat 6hb Ogos.

” Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi (share), tolong padam posting tersebut di mana -mana platform media sosial.

Sarah masih ditidurkan

Malah kata Shuib, keadaan Siti Sarah juga masih ditidurkan meskipun semalam beliau memaklumkan terdapat tanda-tanda positif.

” Keadaan terkini Sarah masih lagi ditidurkan dan saya mohon anda terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.

” Saya juga mendoakan pada semua dilindungi, diberkati serta dirahmati Allah swt..” tulisnya di InstaStory Instagram.

SUMBER/KREDIT: hmetr0, via limauais

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*