“Inilah ʙᴜᴀʏᴀ Sebenar” Sia-Sia Kenal 7 Tahun, Pakwe Kant0i ᴄᴜʀᴀɴɢ Dengan Ramai Awek

Selama tujuh tahun meletakkan kepercayaan dalam menjalin hubungan cinta, namun siapa sangka teman lelaki tergamak berlaku curang dengan ramai wanita lain.

Itu kekecewaan dihadapi seorang gadis apabila mendapat tahu mengenai perangai ‘ʙᴜᴀʏᴀ’ kekasihnya sebelum membuat pendedahan tangkap layar di laman Instagram.

Posting pendedahan tersebut dikongsi semula seorang pengguna laman Twitter, @fiihazmii berikutan gadis itu telah menetapkan akaun Instagram miliknya ke mod privasi.

Antara punca utama perempuan susah nak percayakan lelaki lagi!

Bercerita lanjut, gadis tersebut pada mulanya meminjam telefon bimbit lelaki itu bagi merakam tugasan video sebelum ternampak satu aplikasi ‘simpanan rahsia’ sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya.

“Rabu lalu, pinjam telefon bisnes dia sebab aku punya dah tak cukup ruang. Rasa tak sedap hati, terlebih fikir biasa la orang perempuan kan.

“Pastu aku nampak satu aplikasi, rasa struggle nak tahu semua benda. Aku buat satu persatu, forgot password tu then ini lah aku jumpa,” katanya.

“Aku terkejut, rebah, lelah, hancur hati aku tengok semua benda. Sedihnya dah susah senang sama-sama, keluarga masing-masing dah kenal.

“Pengajaran untuk orang di luar sana, jauhilah lelaki panas baran dan suka marah-marah. Sia-sia selama tujuh tahun kenal, macam ni hasilnya,” luahnya.

Terkejut melihat koleksi berkenaan, gadis itu hilang kata-kata dan menganggap tempoh perkenalan mereka selama tujuh tahun tersebut adalah sia-sia dan membuang masa.

Tangkap layar berdurasi seminit itu memaparkan koleksi foto kekasihnya dipercayai bersama beberapa wanita berbeza yang dilihat penuh kemesraaan antara satu sama lain

Pendedahan itu menerima pelbagai reaksi warganet yang turut terkejut dan simpati dengan nasib gadis tersebut selain menyifatkan kekasihnya adalah ‘ʙᴜᴀʏᴀ sebenar’ yang mampu menjalin banyak hubungan dalam satu masa.

Memang dahsyat, tertanya-tanya juga macam mana lelaki tu bahagikan masa & simpan semua rahsia? Moga gadis tersebut dapat membuat keputusan dengan sebaiknya!

Sumber: Twitter @fiihazmii via FIONA

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*