Azman Beri Respon Selepas TMJ Muatnaik Status ‘Siapa Kenal Dia Dan di Mana Saya Boleh Cari Dia?’

Mungkin ramai di kalangan kita gemar menonton vdeo lagu-lagu parodi mengenali nama seorang lelaki yang menggunakan nama akaun @azmannaim44mantra.

Kerap menyanyi lagu-lagu Melayu dengan lirik yang diubah mengikut isu semasa, @azmannaim44mantra atau nama sebenar Azman Naim ini dahulu yang pernah viral dengan lagu raya PKP dan sekaligus dia dikenali dikalangan warganet.

Kini dia muncul lagu terbaru berjudul ‘My Sejahtera Way’ yang diambil dari lagu sebenar berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra. Manariknya, dia membuat parodi lagu dengan lirik yang dikaitkan dengan situasi sekarang.

Paling diingati sudah tentu lagu-lagu berkisar tentang Printah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditonton jutaan pengguna media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sultan Johor titah TMJ ‘cari’

Namun siapa sangka, dengan hobi membuat parodi lagu tentang isu semasa, lelaki ini mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menerusi satu perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Instagramnya, baginda memaklumkan yang Sultan Johor menitahkan baginda untuk mencari pemilik akaun tersebut memandangkan cover lagu yang dibuat @azmannaim44mantra mendapat perhatian KDYMM Sultan Johor.

Bukan berkaitan isu pan4s atau kntroversi, sebaliknya pencarian tersebut dilakukan sebagai menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Ibrahim susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuatnaik individu terbabit dalam Instagram.

” Siapa kenal dia dan di mana saya boleh cari dia ni? DYMM Tuanku titah saya untuk cari dia. First class, legend.” tulis Tunku Ismail.

Terima pujian dari Sultan Johor & TMJ

TMJ turut memuji posting yang dibuat oleh @azmannaim44mantra dan memuat naik kembali salah satu video di Instagram baginda dengan kapsyen “First Class”.

Menjunjung kasih Tunku

Perkongsian tersebut turut telah disedari oleh @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim apabila dia memberi respon di media sosial posting TMJ ‘mencarinya’ atas titah Sultan Johor.

” Menjunjung kasih Tuanku Sultan Ibrahim, Tunku Ismail..” tulis Azman.

Keunikan suara dan kreativiti Azman ini sememangnya menjadi perhatian warganet sejak awal PKP dahulu kerana lirik yang disampaikan tepat dengan situasi yang berlaku ketika itu.

Azman yang juga bapa kepada dua anak aktif membawakan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu dengan mengambil isu semasa sebagai tema nyanyian lagu saduran sejak pertengahan tahun lalu.

Bukan sekadar mempunyai vokal hebat, seni kata yang diketengahkannya cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pndemik COVlD-I9.

Malah lagu My Way ditukar judul kepada My Sejahtera Way yang dimuat naik dua hari lalu menjurus kepada keluhan orang ramai belum mendapat svntikan v.aksin COVlD-I9.

Rata-rata melayangkan tahniah kepada usahawan berkenaan yang menghiburkan ramai meskipun disampaikan dalam bentuk s.arkastik dan gurauan.

Antara lagu lain berkisar PKP yang dikongsikan usahawan itu dalam laman sosial Instagram serta TikTok termasuk mengenai permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium.

Terbaharu penyanyi Adibah Noor turut berkongsi video duet bersamanya menerusi TikTok membawakan lagu Michael Learns to Rock yang berjudul That Why (You Go Away).

Sehingga hari ini, Azman masih lagi membuat parodi dan menjadi hiburan seluruh masyarakat Malaysia.

Apa-apa pun, kami mengucapkan syabas kepada Azman kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan tekanan kita semua.

Mari kita berdoa agar kehidupan kita semua kembali pulih seperti sediakala dan semoga pndemik ini akan berakhir.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: k0smo dan OMM via muzik jalanan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*