Ini Sebab Kenapa Sekolah ‘Tpaksa’ Ditutup Lepas Raya, Kmentrian Pndidikan Jelaskan Kenapa

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menutup operasi persekolahan sekolah rendah serta sekolah menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.

Dalam tempoh penutupan sekolah itu, para pelajar akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama 10 hari bermula dari 16 Mei hingga 27 Mei membabitkan sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 Mei hingga 28 Mei (Kumpulan B).

Pelajar seterusnya akan terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan KPM menutup sekolah selepas raya adalah mengambil kira trend jngkitan Covld19 dalam masyarakat ketika ini.

“Melihat kepada kes sporadik dalam masyarakat dan kluster lain yang tidak berkaitan dengan kIuster pendidikan, kita khuatir berlaku jangkitan di luar sekolah sebelum ia menjngkiti pelajar dan menyebabkan berlaku penuIaran dalam sekolah.

“Kebimbangan KPM sudah tentu melibatkan pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh dan sekolah asrama harian kerana jika terjadinya penularan di asrama, kemungkinan jangkitannya adalah lebih tinggi berbanding sekolah biasa,” katanya dalam taklimat khas di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, KPM membuat pengumuman awal bagi membolehkan guru-guru memilih kaedah paling sesuai untuk memenuhi keperluan PdPR murid-murid dalam tempoh 10 hari berkenaan.

“Cikgu mahu buat modul atau apa sahaja kaedah terpulang kepada kesesuaian serta kreativiti masing-masing supaya tiada keciciran berlaku sepanjang murid berada di rumah,” katanya. – K! ONLINE

Sumber/Kredit : kosmo

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*