Susulan Pemilihan PM Yang Baru, SuItan Perak Memberikan Am4ran Kepada Semua? Ini Kata Kata Baglnda

SuItan Perak SuItan Nazrin Muizzuddin Shah bertltah, kehebatan ɪꜱʟᴀᴍ hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, aktiviti sosial, kegiatan ekonomi dan etika berpolitik.

Sehubungan itu, titah bagnda, masyarakat ɪꜱʟᴀᴍ hendaklah dengan segala daya dan kekuatan, menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian ɪꜱʟᴀᴍ.

Bagnda bertitah, ia boleh dilakukan dengan tidak memberikan amanah kepada mereka yang lemah moral dan terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah.

“ Masyarakat ɪꜱʟᴀᴍ hendaklah diserlahkan melalui kecemerlangan ummah menguasai ilmu dan pengetahuan, pekerjaan dan profesion, penguasaan ekonomi dan pemilikan kkayaan, serta kehebatan budaya dan keagungan tamadun,” titah Bagnda.

“Kehebatan ɪꜱʟᴀᴍ hendaklah diserlahkan melalui budaya kerja, melalui aktiviti sosial, kegiatan ekonomi dan etika berpolitik.

“Masyarakat ɪꜱʟᴀᴍ hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian ɪꜱʟᴀᴍ dengan tidak memberikan amanah atau

menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan yang berimej mungkar dan munafik, kalangan yang lemah moral dan rendah akhlaknya, kalangan yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa serta kalangan yang tidak amanah dan tidak ikhlas,” titah baglnda lagi.

Baglnda bertitah di Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Di Pertua dan Anggota Majlis Agama ɪꜱʟᴀᴍ dan Adat Melayu Perak, Hakim Mahkamah Utama Syariah Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Perak di Ipoh pada Selasa.

SuItan Nazrin bertitah, insan yang memiliki sifat-sifat takwa, akan bersifat jujur dan ikhlas apabila diamanahkan dengan tanggungjawab; dan apabila diangkat untuk memimpin, akan menjunjung amanah secara luhur dan tidak akan menodai kepercayaan yang telah diberikan.

Pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menerima watikah pelantikan sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama ɪꜱʟᴀᴍ dan Adat Melayu Perak.

Baglnda turut bertitah bahawa umat ɪꜱʟᴀᴍ wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.

Titah SuItan Nazrin, agama ɪꜱʟᴀᴍ yang diamanahkan tanggungjawab kepada Raja, akan lebih terjamin dilindungi kesuciannya.

Tambahnya, peruntukan khusus mengenai ɪꜱʟᴀᴍ yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, telah meletakkan agama ɪꜱʟᴀᴍ berada di tempat istimewa di negara ini.

“Ajaran ɪꜱʟᴀᴍ berlandaskan al-Quran dan Sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, wajib dilindungi kesuciannya daripada sebarang manipulasi.

“Hukum hakam dan tafsiran mengenai ɪꜱʟᴀᴍ tidak boleh dibenarkan untuk ditafsirkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana kumpulan hingga tergelincir daripada landasan sebenar.

“Umat ɪꜱʟᴀᴍ wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik,” titah baglnda.

SuItan Nazrin bertitah, ɪꜱʟᴀᴍ yang diperuntukkan kedudukan istimewa dalam negara ini hendaklah diangkat kemuliaannya kerana ia tidak bergantung semata-mata kepada kedudukannya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Tanpa adanya pengisian, perkara yang termaktub dalam Perlembagaan hanya tinggal sebagai frasa perundangan; laksana skrip kosong yang tidak memberikan sebarang erti dan makna.

Sehubungan itu, titah baglnda, tanggungjawab memberi erti dan makna kepada frasa perundangan tersebut, terletak di atas bahu setiap umat ɪꜱʟᴀᴍ yang wajib berusaha menjelmakan ɪꜱʟᴀᴍ secara terserlah dalam budaya hidup harian.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: Awani via infotodaynews

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*