“Semua Ada Hak Bersuara Kan?” – Rita Rudaini Sokong Lana Nodin Gesa DG Noor Hisham Letak Jawatan

Gara-gara memuat naik kenyataan menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham letak jawatan, semalam aktres Lana Nodin teruk dikecam wargamaya kerana menganggap tindakan tersebut melampaui batas.

‘Saya sokong DG stepdown

Bagaimanapun, isu tersebut tidak terhenti di situ apabila Rita Rudaini turut memuat naik hantaran yang sama di IG Story yang sepertinya menyokong kenyataan Lana Nodin.

‘Masing-masing ada hak bersuara kan?’

Selain itu, pandangan tersebut disokong susulan melihat rata-rata netizen juga berbuat hal yang sama apabila ada segelintir pihak yang menggesa menteri-menteri meletakkan jawatan lebih-lebih lagi apabila melihat mereka gagal dalam menangani situasi pandemik ini.

Jelasnya, setiap orang ada hak untuk bersuara dan dia juga akui setuju dengan kenyataan Lana Nodin yang menggesa agar Tan Sri Dr Noor Hisham untuk letak jawatan.

“Biarlah dia nak suarakan apa pun, kalau korang pilih jemin ali, takkan orang lain pun pilih sama dengan korang?”

Semalam, Lana Nodin ada memuat naik satu hantaran di laman Instagram yang menggesa Pengarah Menteri Kesihatan itu meletakkan jawatan susulan melihat kegagalan pihaknya menjaga prosedur operasi standard (SOP) kakitangan di hospital ketika menguruskan kontena mayat yang menempatkan pesakit Covid-19.

Tidak hanya dengan itu, pelakon itu turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan tindakan Dr Noor Hisham yang tidak memakai pelitup muka sewaktu bertugas di dalam pejabat sekaligus menyindir perbuatan tersebut.

Bagaimanapun situasi yang sedang dialami kita saat ini diharapkan agar sentiasa sabar dan yakin dengan setiap usaha yang cuba dilakukan kerajaan agar negara kembali pulih dan bebas dari virus tersebut.

SUMBER/KREDIT: IG (ritrud727)

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*