Lepas Dical0nkan Jadi PM 9, Sesuatu Terjadi Dekat FB Ismail Sabri

Kuala Lumpur: Dua Ahli P.arlimen B.arisan N.asional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden U.mno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli P.arlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli P.arlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli P.arlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang hari ini.

Tajuddin berkata, Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk k.erajaan baharu.

“U.mno dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat antara Ahli P.arlimen BN bagi memutuskan calon Perdana Menteri yang perlu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia susulan notis dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bers.umpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara, sebelum tempoh berkenaan.

Ditanya parti yang turut memberi sokongan kepada Ismail Sabri, Tajuddin berkata, ia diperoleh daripada P.erikatan Nasional (PN).

“Kami mendapat sokongan daripada Bersatu (Parti P.ribumi Bersatu Malaysia) dan P.AS,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, Ismail Sabri dipilih sebagai calon Perdana Menteri kerana beliau antara pemimpin paling kanan selepas Presiden U.mno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga bekas Timbalan Perdana Menteri. Dari segi itu, beliau dilihat boleh mendapat sokongan kami semua. Kami harapkan yang terbaik,” katanya.

Azalina yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengakui k.erajaan baharu yang perlu dibentuk ketika ini, mesti dalam bentuk gabungan dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak kerana perlu menguruskan p.andemik c0vid 19.

Katanya, semua Ahli P.arlimen BN dalam mesyuarat malam tadi dimaklumkan calon Perdana Menteri BN akan turut disokong sejumlah parti tertentu untuk mendapat sokongan melebihi majoriti 111.

“Kita tak boleh nafikan fakta bahawa pembentukan kerajaan baharu perlu dalam bentuk gabungan. Sesiapa yang mengetuai pentadbiran negara selepas ini, perlu memberi fokus pada C0vid 19. Ia memerlukan kerjasama berpasukan,” katanya.

Sarapan diganggu Oyen, Ismail Sabri dapat ucapan tahniah awal

Seakan menerima bayangan awal, itu yang dapat digambarkan berhubung karenah rakyat apabila rata-rata mereka mula mengucapkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).

Ucapan tahniah itu dibuat rakyat menerusi hantaran terbaru Ismail Sabri di Facebooknya apabila berkongsi gambar sedang bersarapan bersama isteri dan seekor kucing dipanggil ‘Oyen’.

Rata-rata rakyat bukan sahaja berharap agar Ahli Parlimen Bera itu bakal memimpin kerajaan baharu, malah turut meminta supaya Ismail Sabri lebih tegas dalam menutup pintu.

Perkataan pintu dikatakan pengguna laman media sosial mungkin boleh dikaitkan dengan o.perasi kilang di mana sebelum ini i.su berkenaan hangat diperkatakan ketika pemerintahan P.erikatan Nasional (PN).

Reaksi Orang Ramai

Selamat maju jaya Datuk Seri, kalau betul diberi peluang jadi PM, jangan lupa beli lock pintu yang elok sikit atau tidak payah buat pintu terus,” seloroh Fariz Ibrahim.

Mantap bakal PM, mantap juga Oyen, semoga dipermudahkan urusan Datuk Seri,” kata Norsolehah Shahidan.

Sekiranya diberi mandat Datuk Seri mentadbir Malaysia, saya selaku rakyat memohon agar segalanya berpandukan Al Quran dan sunnah,” doa Puan Rina Mohamad.

Bakal pengganti abah, semoga semangat dan amanah sama sepertinya, jelas Puan Norhidayah Mahmud.

Saya wakil dari Salor, sokong Ismail Sabri sebagai PM, semoga Allah pilih Datuk Seri. katanya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: HM/Kosmo/FB via Online Malaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*