Suami Jadi Pesakit Psikiatri Kerana Tiada Pekerjaan Ketika PKP

CABARAN ini dipikul oleh puan Natasha Khairul yang mempunyai empat orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya bersama Khairul. Menurut perkongsiannya di ruangan komen yang tular, suaminya menjadi pesakit psikiatri akibat ketiadaan pekerjaan sejak awal PKP lalu.

Sebelum disahkan menjadi psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari dan empat malam. Puan Natasha mula risau dengan keadaan suaminya.

Dia pernah melihat suaminya, Khairul menunaikan solat sunat sehingga 7 rakaat tak siap-siap kemudian dengan tiba-tiba saja dia menangis.

Khairul banyak bercerita tentang emaknya walaupun diulang-ulang

Situasi itu membimbangkannya kerana itulah kali pertama puan Natasha melihat kelakuan pelik dari suaminya.

Lebih membimbangkan, suaminya kelihatan seperti terkena histeria. Menurut suaminya, dia mengatakan kepada isterinya bahawa isterinya adalah klon.

Kelakuan pelik Khairul ini membuatkan puan Natasha mengambil tindakan untuk menghubungi pihak klinik melalui whatsapp. Pada awalnya dia hanya meminta nasihat kepada pihak klinik apakah tindakan yang harus dilakukan.

Dato’ Seri Najib Razak turut meluahkan rasa sedihnya

Tetapi suatu hari, kelakuan Khairul semakin merisaukan. Isterinya terpaksa menghubungi ambulans apabila mendapati suaminya mula bertindak untuk mengamuk.

Menurut puan Natasha, pernah suatu ketika, Khairul mendukung anak-anak mereka dan mengatakan “Inilah harta aku” sambil mendukung anak-anaknya. Ramai orang memujuk Khairul ketika itu.

Akhirnya selepas dua kali lari membawa anak satu hospital, Khairul diikat dan diberi ubat penenang. Bermulalah suaminya menjadi seorang pesakit psikiatri yang disahkan oleh pihak hospital selepas rawatan.

Puan Natasha menerima bantuan dari pihak masjid Kg Sungai Nibong dan Dato’ Razali

Puan Natasha kesal, dia memaklumkan sehingga kini tiada pihak dari kerajaan tampil membantu mereka dari segala segi.

Dalam situasi pandemik, ekonomi yang tidak stabil bagi rakyat biasa yang berpendapatan rendah, bantuan dari kerajaan adalah amat diperlukan.

Menurut puan Natasha lagi, setiap hari dia berdoa agar diberikan kekuatan hati dan emosi dalam menempuh cabaran yang baru dilalui dalam hidupnya ini.

Puan Natasha terpaksa pajak barang kemasnya

Sedihnya….

Kes cerai pun makin naik

Moga Allah kuatkan mereka

Berat mata memandang, berat lagi yang memikul

Terpaksa pinjam duit dengan kawan dan jiran


SUMBER/KREDIT : netizenmalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*