Suami Kongsi Gambar Bercuti, Isteri CurigaNampak AwekDalam Spek?? Tapi Tak Sangka Rupa-rupanya

Perempuan dengan cemburu memang tidak boleh dipisahkan. Perempuan ni kalau kawan baik perempuan dia rapat dengan perempuan lain pun kekadang boleh cemburu.

Apatah lagi jika lelaki yang dia sayang rapat dengan perempuan lain. Boleh terbang pinggan mangkuk dekat dapur!

Tak dinafikan, lelaki pun ada cem.buru mereka yang tersendiri, cuma bezanya adalah, lelaki ni cem.burunya bertempat manakala perempuan ni selalunya cem.buru tak bertempat sehinggakan berlakunya ‘overthinking’! Hehehe

Sama juga dengan video tular yang dikongsikan oleh roserosanne13 di laman TikTok baru-baru ini dimana seorang lelaki yang sedang bercuti bersama kawan-kawan disoal isterinya semasa berada di dalam bot telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan dia sedang bermesej melalui WhatsApp dengan suaminya yang pergi bercuti di sebuah pulau bersama kawan-kawannya.

Difahamkan, suami menghantar sekeping gambar selfie bagi memaklumkan bahawa dia baru ingin bertolak ke pulau dengan menaiki speed boat

Namun keadaan semakin tegang apabila sang isteri terlihat kelibat seorang wanita memakai tudung pink melalui cermin mata hitam suaminya itu. Tanpa berdiam diri, wanita itu spontan bertanya “siapa tu, awek ke ?”

Soalan yang nampak simple tapi terkadang memerlukan daya fikir yg tinggi agar tidak berlakunya overthinking! Hehehehe

Apa yang membuatkan netizen berdekah adalah, siapa sangka rupa rupanya itu merupakan seorang lelaki iaitu kawan suaminya yang kebetulan memakai tuala berwarna pink.

Supaya tidak berlakunya salah faham, si suami menghantar semula gambarnya bersama ‘awek’ yang dimaksudkan.

Video yang tular di TikTok:

Klik pautan ini jika ingin melihat video dari Tktok

@roserosanne13

Sampai hati suami

♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 176.5K tanda suka, 2696 komen dan 3777 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur setelah melihat rupa ‘awek’ yang dimaksudkan isterinya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyifatkan mata isterinya itu sangat tajam.

Memang terbaik plot twist dia. Nasib baik lelaki, kalau tidak silap hari bulan tak dapat masuk rumah abang ni! Hehehe

SUMBER/KREDIT : yoy network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*